Jumlah rakyat pertengahan kerjaya beralih ke bidang kejururawatan naik 70%
Lebih ramai golongan pertengahan kerjaya tempatan menukar kerja ke bidang kejururawatan. Jumlahnya melonjak 70 peratus tahun lalu.

Gambar fail jururawat di Singapura.
SINGAPURA: Lebih ramai golongan pertengahan kerjaya tempatan menukar kerja ke bidang kejururawatan. Jumlahnya melonjak 70 peratus tahun lalu.
Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) menyatakan ia mungkin kerana orang ramai lebih menghargai pekerja jagaan kesihatan dalam keadaan pandemik COVID-19.
WSG berharap lebih ramai orang akan menceburi bidang kejururawatan menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan seperti Program Penukaran Profesional (PCP).
Ini akan dicapai menerusi kerjasama dengan para pengendali kursus latihan termasuk Politeknik Nanyang dan Universiti NUS.
Permohonan untuk sertai kursus PCP yang bermula Ogos depan dibuka pada Oktober ini.
Lebih 30,000 jururawat diraikan hari ini (1 Ogos) sempena Hari Jururawat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.