Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah projek HDB terima anugerah tahun ini berkurangan

Jumlah projek yang berjaya meraih anugerah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkurangan pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2021 06:16PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 09:39PM

SINGAPURA: Jumlah projek yang berjaya meraih anugerah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkurangan pada tahun ini.

Secara keseluruhannya, HDB memberikan 16 anugerah bagi pelbagai kategori termasuk reka bentuk, pembinaan dan kejuruteraan.

Jumlah itu adalah sekitar separuh daripada jumlah anugerah yang disampaikan pada tahun lalu.

Ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti jumlah projek yang layak semasa tempoh kelayakan.

Antara pemenang tahun ini adalah projek SkyParc@Dawson, yang merangkul anugerah reka bentuk kerana meningkatkan kesejahteraan para penduduk dengan menampilkan ciri-ciri alam semula jadi.

Terdapat juga lebih 80 jenis tanaman di sekitar projek itu, termasuk di ruang-ruang bersama seperti ruang senaman.

18 pokok matang turut dipulihara di koridor eko, estet itu yang merupakan sebahagian daripada Margaret Drive.

Namun laluan sepanjang 200 meter tersebut bukan sahaja disediakan bagi para penduduk.

Malah ia juga direka bagi tempat tinggal burung-burung dan lebah.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan