Jumlah peserta Saham Kesihatan lonjak 60%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih daripada 800 individu menyertai program Saham Kesihatan tahun ini iaitu peningkatan sekitar 60 peratus berbanding tahun 2023.
Inisiatif Saham Kesihatan adalah kerjasama antara M³, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan rakan kongsi komuniti yang lain.
Ia bertujuan membawa program kesihatan yang disesuaikan dan bernuansa budaya kepada masyarakat Melayu/Islam.
Dua tahun sejak Saham Kesihatan dilancarkan, 11 Bandar M³ sudahpun mengendalikan inisiatif tersebut.
Woodlands adalah satu daripada 11 Bandar M³ yang melancarkan inisiatif Saham Kesihatan di Masjid Assyafaah.
Antara individu yang menyertai program Saham Kesihatan di Masjid Assyafaah ialah Cik Noor Azni Yahya.
Cik Noor Azni atau lebih dikenali sebagai Cikgu Nora menyertai program Saham Kesihatan bersama rakan-rakannya sejak pertama kali ia diadakan.
JADIKAN MOTIVASI
“Waktu itu, Masjid Assyafaah pula membuka program ini. Cik Taibah yang menggalakkan saya bersenam.
Seterusnya, mana-mana ada senaman saya akan pergi sebab saya suka bergaul,” kata Cik Noor Azni apabila ditanya tentang bagaimana beliau mula menyertai program Saham Kesihatan ini.
Selain daripada sokongan rakan-rakannya, arwah suami Cik Noor Azni juga memberi motivasi untuk menurunkan berat badannya. Sejak itu, beliau mula berjalan pantas secara tetap.
"Masa itu berat badan saya terlalu tinggi dan dia kata cubalah dan saya mulakan dengan berjalan pantas. Saya dengan dia selalu berjalan pantas dekat bawah blok dengan anak-anak saya," kongsi Cik Noor Azni.
Selepas pasangan hidupnya meninggal dunia, beliau tidak berputus asa untuk meneruskan perjalanannya ke arah gaya hidup sihat.
“Jadi bila dia dah tak ada, memang bohong lah kalau saya cakap saya tidak ada murung. Tapi memandangkan saya anak yang ramai mereka menggalakkan,” ujar Cik Noor Azni.
Dahulu, rutin mingguannya adalah untuk bersenam pada hari Sabtu dan Ahad bersama keluarnya. Kini, Cik Noor Azni menyertai program Saham Kesihatan dua minggu sekali.
KEJAYAAN PESERTA SAHAM KESIHATAN
Dengan adanya program sebegini, warga emas seperti Cik Noor Azni diberikan peluang untuk berinteraksi bersama peserta-peserta yang lain dan ini dapat mengeratkan ikatan masyarakat.
Program ini juga dapat memelihara kesihatan mental warga emas. Walaupun Cik Noor Azni tinggal sendirian, beliau kekal berfikiran positif dan terus berjuang menjaga kesihatannya dari segi pemakanan dan senaman fisikal.
Cik Noor Azni juga menggalakkan warga emas yang lain untuk menjaga kesihatan mereka.
“Kebanyakan yang berkerusi roda dan mengikuti senaman-senaman kita yang dah boleh berjalan. Jangan cakap warga emas bersenam terus makin sakit, tidak ada. Memang permulaannya, kita akan rasa sengal-sengal, biasa sebab kita baru mula. Tapi kemudian, kita akan rasa 'syiok' gitu,” kata Hjh Noor Azni.
PROGRAM SAHAM KESIHATN MAHU DISEMAK & DINILAI
Dalam satu sidang media awal bulan ini, Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam berkata bahawa pihaknya sedang mengumpul data untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan ke atas gaya hidup peserta Saham Kesihatan.
"Ia terdapat penilaian asas pada mulanya jadi selepas program selama 12 minggu yang disyorkan itu, anda akan melakukan pemeriksaan semula terhadap beberapa indikator asas. Di sini, kami juga mengesan keputusan untuk melihat sama ada terdapat perubahan," kata Cik Rahayu.

Dengan data yang dikumpul, Cik Rahayu menambah M³ ingin melihat bagaimana mereka boleh menggunakan templat itu untuk mencapai lebih banyak lagi supaya tahap kesihatan masyarakat meningkat.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.