Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pesalah kena denda makin berkurangan; ramai kini patuhi langkah pemutus jangkitan, kata Masagos

Jumlah orang yang dikenakan denda kerana melanggar peraturan jarak selamat atau tidak memakai pelitup semakin berkurangan, satu petanda 'menggalakkan' yang menunjukkan bahawa semakin ramai kini mematuhi langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pesalah kena denda makin berkurangan; ramai kini patuhi langkah pemutus jangkitan, kata Masagos

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 26 Apr 2020 08:39AM Dikemas Kini : 26 Apr 2020 09:08AM

SINGAPURA: Jumlah orang yang dikenakan denda kerana melanggar peraturan jarak selamat atau tidak memakai pelitup semakin berkurangan, satu petanda 'menggalakkan' yang menunjukkan bahawa semakin ramai kini mematuhi langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19, menurut Menteri Sekitan dan Sumber Air Masagos Zulkifli pada Sabtu (25 Apr).

Menulis di laman Facebooknya, Encik Masagos turut mendedahkan bahawa para pegawai penguat kuasa mendenda sekitar 60 individu yang didapati melanggar peraturan jarak selamat dan sekurang-kurangnya 20 orang kerana tidak memakai pelitup.

Jumlah pesalah yang sama turut didenda pada Jumaat lalu.

Pada Rabu dan Khamis lalu pula, bilangan individu yang didenda kerana melanggar peraturan jarak selamat adalah antara 150 hingga 170 orang setiap hari, manakala antara 30 hingga 50 orang didenda setiap hari kerana tidak memakai pelitup.

Dengan kemerosotan pada jumlah tersebut, ini bermakna 'semakin ramai orang mematuhi langkah-langkah pemutus jangkitan, tulis Encik Masagos di laman Facebooknya itu.

"Ini adalah tanda-tanda yang menggalakkan dan saya menggesa semua orang supaya terus mematuhinya dan menggalak keluarga dan rakan-rakan mereka supaya melakukan perkara yang sama. #Dudukrumahsaja adalah cara terbaik untuk memastikan agar anda dan keluarga anda selamat."

Semalam (25 Apr) masuk hari kedua akses yang lebih ketat dikuatkuasakan di empat pasar popular di negara ini.

Keempat-empat pasar itu adalah Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang di Blok 104 dan 105 Yishun Ring Road, dan pasar di Blok 20 dan 21 Marsiling Lane serta Blok 505 Jurong West Street 52.

Menurut Encik Masagos, beliau gembira melihat semakin ramai pelanggan menyedari dan mematuhi sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan dan disebabkan oleh tahap kesedaran yang lebih tinggi, hanya segelintir saja yang beratur untuk melanggani pasar-pasar tersebut.

"Saya diberitahu bahawa ramai yang sebenarnya menghargai langkah-langkah yang sudah dikuatkuasakan. Sistem berdasarkan angka terakhir pada kad pengenalan (NRIC) membantu kita untuk mengurangkan kesesakan di pasar-pasar merata Singapura sepanjang minggu."

Encik Masagos menambah Singapura mungkin menarik balik sebilangan langkah pemutus jangkitan jika para penduduk 'kekal bersatu dan sama-sama berusaha untuk mengurangkan jumlah jangkitan di negara ini'.

"Pilihan harian kita akan menentukan berapa lama langkah-langkah pemutus jangkitan akan dikuatkuasakan."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan