Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pesakit warga asing di hospital-hospital awam kecil: Lam Pin Min

Para pesakit warga asing membentuk jumlah kecil daripada para pesakit yang dilihat di institusi-institusi kesihatan awam Singapura, menurut Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Lam Pin Min.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pesakit warga asing di hospital-hospital awam kecil: Lam Pin Min

Sebuah wad hospital di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 05:07PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 05:10PM

SINGAPURA: Para pesakit warga asing membentuk jumlah kecil daripada para pesakit yang dilihat di institusi-institusi kesihatan awam Singapura, menurut Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan Lam Pin Min.

Para pesakit warga asing yang dirujuk ke institusi-institusi kesihatan awam Singapura menerusi ejen-ejen hospital luar negara membentuk sekitar 0.4 peratus pesakit di institusi-institusi tersebut antara tahun 2013 dengan 2017, menurutnya di Parlimen pada Selasa (20 Nov).

Bagaimanapun, kontrak-kontrak hospital bersama ejen-ejen tersebut sudah dihentikan setelah Kementerian Kesihatan (MOH) baru-baru ini meminta institusi-institusi itu untuk menamatkan sebarang perjanjian dengan mereka, menurutnya.

"Institusi-institusi kesihatan awam kami tidak dibenar memasarkan institusi masing-masing secara aktif kepada para pesakit warga asing," menurut Dr Lam.

Beliau mengatakan demikian sebagai menjawab soalan-soalan daripada Anggota Parlimen GRC Aljunied Pritam Singh dan Anggota Parlimen GRC Tampines Cheng Li Hu.

Cik Cheng bertanya sama ada kementerian sedar bahawa hospital-hospital awam sedang berurusan dengan ejen-ejen warga asing untuk membawa masuk para pesakit luar negara dan berapa lama perkara sedemikian dilakukan. Beliau juga bertanya sekiranya jumlah para pesakit warga asing lebih ramai berbanding rakyat Singapura untuk menerima khidmat jagaan kesihatan.

Encik Singh bertanya sama ada kementerian itu akan mempercepat tarikh-tarikh janji temu pakar, bagi para pesakit rakyat Singapura yang menerima subsidi. Ini ekoran keputusan kementerian untuk menghentikan kontrak-kontrak rujukan bagi para pesakit warga asing di hospital-hospital awam.

Untuk para pesakit warga asing yang ke Singapura untuk mendapatkan rawatan perubatan secara sendiri, antara 2013 dengan 2017, mereka membentuk sekitar 1.5 peratus jumlah keseluruhan pesakit dalam wad dan para pesakit pembedahan jagaan harian di institusi-institusi kesihatan awam.

Apabila ditanya untuk perangkaan yang tepat, Dr Lam berkata bahawa 1.5 peratus sama seperti, seramai 10,900 pesakit warga asing.

"Para pesakit warga asing tidak menjejas keupayaan khidmat institusi-institusi kesihatan awam dan slot-slot janji temu yang sudah diberikan subsidi kepada rakyat Singapura," tambah beliau, sambil menarik perhatian kepada masa menunggu yang lebih singkat untuk janji temu perubatan.

Masa menunggu secara purata bagi janji-janji temu pakar yang baru diberikan subsidi sudah meningkat dari 28 hari pada tahun 2013 kepada 22 hari pada separuh pertama 2018, menurut Dr Lam.

"MOH akan terus bekerjasama dengan institusi-institusi kesihatan awam kami untuk memastikan bahawa keperluan-keperluan jagaan kesihatan Singapura kekal sebagai keutamaan kami," menurutnya.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan