Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pesakit kes trauma sederhana hingga serius naik 22%

Lebih ramai orang dirawat di hospital bagi kecederaan trauma yang sederhana hingga serius ekoran insiden terjatuh atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Apr 2025 06:58PM Dikemas Kini : 01 Apr 2025 11:16PM
SINGAPURA: Lebih ramai orang dirawat di hospital bagi kecederaan trauma yang sederhana hingga serius ekoran insiden terjatuh atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagi setiap 100,000 penduduk, hampir 150 mengalami kecederaan pada 2021.

Angka itu meningkat kepada 166 pada 2023.

Demi menangani isu itu, sebuah pelan hala tuju kebangsaan sedang dilakarkan bagi membantu mencegah punca-punca utama pesakit mengalami kecederaan lazim.

Inisiatif itu dilancarkan di Persidangan Pencegahan Kecederaan Nasional pada Selasa (1 Apr).

Ia akan diterajui oleh Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak.

Daya usaha itu menghimpunkan pelbagai pihak seperti Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan majlis keselamatan jalan raya.

Salah satu matlamatnya adalah untuk memacu pemindaan undang-undang berpotensi dan menangani punca-punca utama berlaku kecederaan trauma, seperti keselamatan di jalan raya.

"Walaupun terdapat usaha berterusan bagi pencegahan kecederaan, kami boleh melakukan lebih banyak lagi.

"Persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk memahami trend trauma dengan lebih baik lagi dan mengurangkan kejadian kecederaan trauma.

"Akhirnya, kami ingin meningkatkan keselamatan dalam bidang pediatrik, di tempat kerja dan keselamatan di jalan raya menerusi persidangan ini.

"Dengan perkongsian pengetahuan dan amalan baik serta menerusi kerjasama, kami boleh mengelakkan daripada berlaku kesemua kecederaan," kata Pengarah Agung Kesihatan MOH, Profesor Kenneth Mak.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan