Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah perkahwinan Muslim di S'pura tidak jatuh mendadak semasa COVID-19

Data Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa jumlah perkahwinan pasangan Muslim di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) pada 2020 tidak menunjukkan perbezaan yang ketara meskipun dicabar oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah perkahwinan Muslim di S'pura tidak jatuh mendadak semasa COVID-19

படம்: Jumlah perkahwinan Muslim di Singapura tidak jatuh mendadak semasa pandemik COVID-19. (Gambar hiasan: Drew Coffman/Unsplash)

SINGAPURA: Data Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa jumlah perkahwinan pasangan Muslim di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) pada 2020 tidak menunjukkan perbezaan yang ketara meskipun dicabar oleh pandemik COVID-19.

Tahun lalu landskap perkahwinan antara lain melalui tempoh-tempoh sukar tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 serta pelbagai langkah pengurusan selamat yang dikenakan ke atas majlis-majlis pernikahan dan persandingan bermula Mac 2020.

Bagaimanapun pada tahun lalu sebanyak 5,527 perkahwinan Muslim dicatatkan. Angka itu jelas tidak banyak berbeza dengan jumlah perkahwinan pada tahun 2019, iaitu 5,545.

Di peringkat nasional pula, sebanyak 22,651 perkahwinan didaftarkan tahun lalu, merosot 10.9 peratus berbanding 2019 apabila 25,434 perkahwinan didaftarkan.

Lantas, ini mencerminkan pengurangan 0.3 peratus sahaja buat perkahwinan Muslim berbanding kemerosotan 10.9 peratus di peringkat nasional.

KADAR PERCERAIAN LEBIH RENDAH BAGI PASANGAN MUSLIM

Kadar perceraian pasangan-pasangan Muslim pada tahun 2020 juga lebih rendah berbanding perangkaan peringkat nasional.

Sekitar 1,598 perkahwinan Islam terlerai tahun lalu berbanding sekitar 1,697 pada tahun 2019 - iaitu kemerosotan sekitar 5.8 peratus.

Di peringkat nasional pula, kadar ini lebih tinggi - sebanyak 6,959 perkahwinan berakhir dengan perceraian atau pembatalan perkahwinan pada tahun lalu. Jumlah itu suatu kemerosotan 8.7 peratus berbanding 7,623 perceraian pada 2019.

Dalam erti kata lain, jumlah perceraian Muslim merosot sekitar 5.8 peratus berbanding hampir 8.7 peratus di peringkat nasional.

Tahun lalu juga adalah kali pertama sejak tahun 2012, kadar perceraian pasangan Muslim turun di bawah paras 1,600.

1,587 perceraian Muslim direkodkan pada 2012 sebelum angkanya terus menjulang sehingga mencecah 1,702 pada 2016 dan hampir mencecah paras 1,700 sekali lagi pada 2019.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan