Jumlah perkahwinan di SG turun 6.2% pada 2025; pasangan timang anak lebih lewat
Anggaran Waktu Membaca:
- Laporan MSF menunjukkan kadar perkahwinan di Singapura menurun tiga tahun berturut-turut, dengan pasangan berkahwin pada usia lebih lewat dan penurunan ketara dalam kalangan usia 25-34 tahun.
- Kadar perceraian juga menurun, namun usia median ketika bercerai meningkat; sokongan awal perkahwinan dianggap penting untuk kestabilan jangka panjang.
- Keibubapaan kini berlaku pada usia lebih lewat, kadar kesuburan kekal rendah, dan pengambilan cuti ibu bapa serta penjagaan anak semakin meningkat.
- Akses kepada jagaan kanak-kanak dan sokongan keluarga bertambah baik, tetapi penjaga warga emas melaporkan kualiti hidup lebih rendah walaupun hubungan kekeluargaan masih baik.
SINGAPURA: Jumlah perkahwinan di Singapura turun 6.2 peratus kepada 24,688 pada 2025, berbanding 26,328 pada tahun sebelumnya.
Demikian menurut Laporan Trend Keluarga yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Jumaat (10 Jul).
Kali terakhir jumlah perkahwinan lebih rendah ialah pada 2020, iaitu sewaktu pandemik COVID-19, apabila hanya 22,651 perkahwinan didaftarkan.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut jumlah perkahwinan mencatat penurunan.
Perkahwinan dalam kalangan pasangan Muslim turut susut kepada 5,006 pada tahun lalu berbanding 5,184 pada 2024.
Penurunan itu juga didorong, terutamanya oleh pengurangan bilangan perkahwinan, melibatkan pasangan berusia antara 25 hingga 34 tahun berbanding kumpulan usia lain.
Menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai sebab kumpulan usia itu mencatatkan penurunan terbesar, jurucakap MSF berkata, seperti kebanyakan negara maju, Singapura menyaksikan peralihan secara beransur-ansur ke arah perkahwinan pada usia yang lebih lewat berikutan perubahan norma masyarakat serta keutamaan peribadi yang berubah.
Kira-kira 27.3 peratus perkahwinan melibatkan rakyat Singapura pada tahun lalu adalah antara seorang warga Singapura dengan seorang bukan peduduk tempatan.
Daripada jumlah itu, 70.9 peratus melibatkan pengantin lelaki warga Singapura yang berkahwin dengan pengantin perempuan bukan penduduk tempatan.
Laporan itu turut menunjukkan usia median bagi perkahwinan pertama sudah meningkat sepanjang sedekad lalu.
Bagi pengantin lelaki, usia median meningkat kepada 31.1 tahun pada tahun lalu berbanding 30.3 tahun pada 2015.
Bagi pengantin perempuan pula, usia median meningkat kepada 29.6 tahun daripada 28.2 tahun dalam tempoh yang sama.
Ini merupakan tahun ketiga MSF menerbitkan Laporan Trend Keluarga.
DAYA TAHAN KELUARGA
Selain trend perkahwinan, laporan 2025 itu turut meneliti daya tahan keluarga.
"Daya tahan ialah keupayaan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan cabaran serta kesukaran, selain bangkit semula selepas melalui peristiwa sukar dalam kehidupan," kata MSF.
"Keluarga yang berdaya tahan menyumbang kepada kesejahteraan individu yang lebih baik dan masyarakat yang lebih kukuh. Justeru, usaha untuk memupuk keluarga yang berdaya tahan perlu diteruskan."
Tinjauan Keluarga MSF 2025 mendapati 90.7 peratus keluarga mencatat mata (score) daya tahan keluarga pada tahap sederhana hingga tinggi, meningkat daripada 85.9 peratus pada 2023.
Tinjauan itu juga mendapati hampir 95 peratus responden yang sudah berkahwin rasa bahagia dengan perkahwinan mereka.
Sebanyak 92.8 peratus berkata hubungan mereka berjalan dengan baik, manakala kira-kira 78.3 peratus berkata mereka kerap berkongsi masalah atau meluahkan perasaan kepada pasangan mereka.
Selain itu, 88.3 peratus responden berkata mereka jarang atau tidak pernah menimbangkan untuk menamatkan perkahwinan mereka.
Dapatan mengenai kualiti perkahwinan diperoleh daripada Tinjauan Keluarga MSF, iaitu tinjauan bertemu muka yang dijalankan setiap dua tahun. Dapatan tersebut adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada 2025.
Sampel tinjauan melibatkan kira-kira 3,000 warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) berusia 15 tahun ke atas.
Selepas mengambil kira faktor jantina, kumpulan umur, jenis perumahan dan kaum, sampel itu secara umumnya mewakili komposisi penduduk Singapura.
Daya tahan keluarga diukur menggunakan Soal Selidik Daya Tahan Keluarga Walsh yang mengandungi sebanyak 32 soalan. Responden menilai setiap penunjuk berdasarkan skala lima mata, daripada "jarang atau tidak pernah" hingga "hampir setiap masa".
Purata mata bagi kesemua 32 penunjuk kemudian digunakan untuk menghasilkan mata keseluruhan.
PERCERAIAN DAN MENAMATKAN PERKAHWINAN
Laporan itu turut mengkaji trend menamatkan perkahwinan. Menamatkan perkahwinan merujuk kepada proses undang-undang bagi menamatkan sesebuah perkahwinan sama ada melalui perceraian atau menamatkannya.
Tahun lalu, sebanyak 7,242 perkahwinan berakhir dengan perceraian atau menamatkan perkahwinan, iaitu penurunan 1.9 peratus berbanding 7,382 kes pada 2024.
Usia median ketika bercerai meningkat dalam tempoh 10 tahun lalu. Bagi lelaki, ia meningkat daripada 42.9 tahun pada 2015 kepada 44.3 tahun pada 2025, manakala bagi wanita, ia meningkat daripada 38.8 tahun kepada 41.2 tahun.
Pasangan yang berkahwin antara 2006 hingga 2014 mencatatkan kadar menamatkan perkahwinan yang lebih rendah sebelum ulang tahun perkahwinan ke-10 berbanding pasangan yang berkahwin pada 2005.
Peratusan kumulatif perkahwinan yang berakhir sebelum ulang tahun ke-10 menurun daripada 17 peratus bagi kohort perkahwinan 2005 kepada 13.5 peratus bagi kohort 2014.
"Peningkatan paling ketara dapat dilihat menerusi penurunan kadar menamatkan perkahwinan dalam kalangan pasangan Muslim," kata MSF.
"Walaupun kadar menamatkan perkahwinan pasangan Muslim masih lebih tinggi berbanding perkahwinan sivil bagi semua kohort, jurang itu semakin mengecil bagi kohort perkahwinan yang lebih terkini."
Dalam kalangan perkahwinan yang ditamatkan, kadar tertinggi berlaku antara ulang tahun kelima hingga ke-10. Selepas ulang tahun ke-10, peningkatan kadar menamatkan perkahwinan bagi setiap selang lima tahun berikutnya adalah lebih kecil.
"Ini menunjukkan pentingnya memberi sokongan kepada pasangan pada tahun-tahun awal perkahwinan bagi membina asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan," kata MSF.
Berdasarkan kadar menamatkan perkahwinan sebelum ulang tahun ke-10, kadar tertinggi secara konsisten melibatkan perkahwinan lelaki yang berkahwin ketika berusia antara 20 hingga 24 tahun.
KEIBUBAPAAN
Laporan itu turut menunjukkan penduduk Singapura kini menjadi ibu bapa pada usia yang lebih lewat.
Tahun lalu, usia median bapa kali pertama meningkat kepada 33.8 tahun berbanding 32.9 tahun pada 2015.
Bagi ibu kali pertama pula, usia median meningkat kepada 32.1 tahun daripada 30.5 tahun bagi tempoh yang sama.
Kadar kesuburan keseluruhan Singapura kekal pada paras terendah 0.87 pada 2025, iaitu tahun ketiga berturut-turut berada di bawah paras satu.
Mempunyai dua orang anak kekal sebagai corak paling lazim dalam kalangan wanita penduduk Singapura yang pernah berkahwin.
Dalam kalangan wanita berusia 40 hingga 49 tahun yang pernah berkahwin, mereka yang mempunyai dua anak membentuk kumpulan terbesar, iaitu 40.5 peratus pada 2025, turun daripada 42.4 peratus pada 2015.
Dalam tempoh yang sama, peratusan wanita yang tidak mempunyai anak meningkat kepada 16.1 peratus daripada 11.6 peratus.
Peratusan wanita yang mempunyai seorang anak pula meningkat kepada 25.5 peratus daripada 22.3 peratus.
Laporan itu turut menunjukkan 61 peratus bapa yang mempunyai anak dilahirkan pada 2024 mengambil cuti bapa dibayar pemerintah (GPPL), meningkat daripada 56 peratus pada 2023.
Kadar pengambilan cuti bersalin dibayar pemerintah (GPML) juga kekal tinggi, dengan 77 peratus ibu mengambil cuti tersebut berbanding 74 peratus pada 2023.
Kadar pengambilan cuti penjagaan anak oleh bapa meningkat kepada 54 peratus pada 2024 daripada 49 peratus pada 2016.
Bagi ibu pula, kadarnya meningkat kepada 59 peratus daripada 56 peratus sepanjang tempoh yang sama.
Bagi memberi sokongan lebih baik kepada rakyat Singapura dalam perjalanan membina keluarga, sebuah Kumpulan Kerja Permulaan Baharu Perkahwinan dan Keibubapaan yang melibatkan pelbagai agensi sudah ditubuhkan.
Kumpulan kerja itu akan mengkaji faktor-faktor utama yang mempengaruhi keputusan berkaitan perkahwinan dan keibubapaan, termasuk kedudukan kewangan, sokongan keseimbangan kerja dan kehidupan, jagaan, perumahan, jagaan kesihatan, prasekolah serta pendidikan.
"Ia juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi menggalakkan norma masyarakat dan amalan di tempat kerja yang lebih menyokong aspirasi perkahwinan dan keibubapaan," kata jurucakap MSF.
Kumpulan kerja itu dijangka akan mengeluarkan laporan penuh yang menghimpunkan dapatannya pada awal 2027.
JAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Menurut laporan MSF, akses kepada perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak terus bertambah baik dari segi ketersediaan dan kemampuan.
Jumlah tempat jagaan bayi sepenuh hari hampir meningkat tiga kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 17,639 pada 2025 berbanding 6,262 pada 2015 .
Bilangan kanak-kanak yang mendaftar juga meningkat kepada 12,225 daripada 3,813 pada tempoh yang sama.
Pengurangan siling yuran sebanyak S$40 bagi jagaan bayi sepenuh hari pada 2023 juga menurunkan yuran median industri kepada S$1,235 bagi kanak-kanak warga Singapura.
Bagi isi rumah berpendapatan sederhana yang menghantar anak ke pusat jagaan bayi sepenuh hari di prasekolah pengendali utama, perbelanjaan prasekolah yang ditanggung sendiri menurun kepada 5.6 peratus daripada pendapatan isi rumah pada 2025, berbanding 6.8 peratus pada 2021.
Khidmat jagaan kanak-kanak turut berkembang.
Jumlah tempat jagaan kanak-kanak sepanjang hari meningkat kepada 205,234 pada tahun lalu, hampir seganda berbanding 117,065 pada 2015. Bilangan pendaftaran turut meningkat kepada 155,315 daripada 91,601.
Yuran median industri bagi kanak-kanak warga Singapura menurun kepada S$680 pada 2025, berbanding S$720 pada 2023 dan S$760 pada 2021.
Bagi isi rumah berpendapatan sederhana yang menghantar anak ke prasekolah pengendali utama bagi jagaan kanak-kanak sepanjang hari, perbelanjaan yang ditanggung sendiri menyumbang tiga peratus daripada pendapatan isi rumah pada tahun lalu, menurun daripada 3.7 peratus pada 2021.
Dengan lebih banyak keluarga mempunyai dua sumber pendapatan serta peningkatan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan dan jagaan awal kanak-kanak, kadar pendaftaran kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun meningkat kepada 91 peratus pada 2025 berbanding 73 peratus pada 2015.
Bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pula, kadar pendaftaran meningkat kepada 93 peratus daripada 86 peratus sepanjang tempoh yang sama.
Bilangan rujukan bagi kanak-kanak yang memerlukan sokongan intervensi awal pada tahap sederhana hingga tinggi menurun kepada 2,300 pada 2025 daripada 2,800 pada 2022.
Bilangan kanak-kanak yang menerima khidmat program intervensi awal meningkat kepada 10,503 pada 2025 daripada 10,186 pada 2024.
Daripada jumlah itu, 4,221 memerlukan sokongan tahap rendah, manakala 6,282 memerlukan sokongan tahap sederhana hingga tinggi.
JAGAAN AHLI KELUARGA
Bilangan penduduk berusia 65 tahun ke atas yang tinggal di rumah meningkat kepada 768,800 pada tahun lalu berbanding 460,900 pada 2015.
Daripada jumlah itu, 88,400 tinggal bersendirian, meningkat daripada 41,200 pada 2015.
Ini termasuk warga emas yang tinggal bersendirian tetapi mungkin menerima sokongan daripada ahli keluarga yang tinggal di tempat lain.
Laporan itu mendapati majoriti responden berkata mereka akan memberikan sokongan kewangan (90 peratus) dan emosi (94 peratus) sekiranya ahli keluarga memerlukannya. Kedua-dua angka itu lebih tinggi berbanding 2023.
Bagaimanapun, peratusan responden yang berkata mereka akan memberikan sokongan fizikal secara berkala kepada ahli keluarga menurun kepada 73.8 peratus pada tahun lalu berbanding 81.4 peratus pada 2023.
Berdasarkan Kajian Mutu Kehidupan 2025 oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), penjaga melaporkan kualiti hidup keseluruhan yang lebih rendah berbanding mereka yang bukan penjaga.
Mereka juga mencatatkan skor yang lebih rendah dari segi kesihatan fizikal, psikologi, hubungan sosial dan persekitaran.
Kajian sama turut mendapati penjaga kurang berpuas hati dengan sokongan keluarga yang diterima berbanding mereka yang bukan penjaga. Namun, kadar penjaga dan bukan penjaga yang melaporkan mereka gembira dengan hubungan kekeluargaan adalah hampir sama.
"Ini menunjukkan bahawa walaupun penjaga berharap menerima lebih banyak sokongan, mereka tetap berasa sama gembira dengan hubungan kekeluargaan mereka seperti mereka yang bukan penjaga," kata MSF.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.