Jumlah perkahwinan di SG merosot pada 2023; bilangan kes cerai meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pasangan yang berkahwin tahun lalu susut 3.7 peratus berbanding pada tahun 2022, sementara jumlah perkahwinan yang berakhir dengan penceraian naik sedikit, menurut Jabatan Perangkaan Singapura pada Isnin (15 Jul).
Sebanyak 28,310 perkahwinan didaftarkan pada 2023, mencatat penurunan daripada paras tertinggi sebanyak 29,389 perkahwinan pada tahun sebelumnya.
Jumlah perkahwinan yang dicatat antara 2014 hingga 2023 kekal stabil secara keseluruhannya, kecuali antara tahun 2020 hingga 2022 apabila pandemik COVID-19 menjejas rancangan perkahwinan.
Umur median dalam perkahwinan pertama pada 2023 turut meningkat berbanding tahun 2013, daripada 30.2 tahun kepada 31 tahun bagi pengantin lelaki dan daripada 28.1 tahun kepada 29.5 tahun bagi pengantin perempuan.
Ini meneruskan trend terhadap perkahwinan yang lebih lewat, menurut jabatan itu.
PERCERAIAN
Terdapat 7,118 perceraian pada 2023, peningkatan sebanyak 0.2 peratus daripada 7,107 kes pada tahun sebelumnya.
Terdapat 6.0 perceraian bagi setiap seribu lelaki yang berkahwin berusia 20 tahun ke atas, turun daripada 7.3 pada 2013.
Sementara itu, terdapat 5.5 perceraian bagi setiap wanita yang berkahwin berusia 20 tahun ke atas, turun daripada 6.9 sedekad lalu.
Menurut jabatan itu, umur median bagi perceraian meningkat dalam tempoh 10 tahun lalu, daripada 42.4 tahun pada 2013 kepada 44.5 tahun pada 2023 bagi lelaki dan bagi wanita, daripada 38.2 tahun kepada 40.8 tahun.
Median tempoh perkahwinan bagi perceraian pada 2023 turut meningkat kepada 11.1 tahun berbanding 10.4 tahun pada 2013.
Pasangan yang kekal berkahwin selama lima hingga sembilan tahun sebelum perceraian membentukkan kumpulan yang terbesar, menyumbang kepada 28.7 peratus perceraian pada 2023.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.