Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah penyertaan dalam program disokong SkillsFuture berkurangan tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah orang yang mengikuti latihan SkillsFuture tahun lalu berkurangan, iaitu seramai 560,000 individu berbanding 660,000 peserta setahun sebelumnya.

Namun demikian, jumlahnya masih lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

Ia menandakan pergerakan SkillsFuture mengekalkan tahap kemajuannya.

Hampir 200,000 orang menggunakan Kredit SkillsFuture mereka untuk mengimbangi yuran kursus mereka.

Antara pilihan utama mereka untuk latihan adalah Makanan dan Minuman (F&B), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), serta Keselamatan dan Penyiasatan.

Kursus pendek terpilih yang menumpukan kepada kemahiran baru muncul juga mendapat permintaan tinggi.

Lebih 32,000 individu mengambil kursus dalam bidang seperti Analitik Data, Perkhidmatan Didayakan Teknologi dan Huraian Bandar.

Lebih 1,000 individu juga sudah mendaftar dalam Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture.

Satu tinjauan bagi menilai keberkesanan kursus-kursus mendapati bahawa latihan yang disokong SkillsFuture Singapore meningkat prestasi di tempat kerja bagi hampir kesemua 58,000 responden.

Ketua Eksekutif SkillsFuture Singapore berkata mereka sudah mengenal pasti ekonomi digital, hijau dan penjagaan sebagai bidang-bidang pertumbuhan utama yang akan mempengaruhi permintaan kemahiran baru meliputi pelbagai sektor industri yang berbeza.
Sumber : Agensi berita/MM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan