Skip to main content

Singapura

Jumlah penumpang pengangkutan awam pada paras 50-60% sebelum pandemik COVID-19

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam kini antara 50 hingga 60 peratus daripada jumlahnya sebelum pandemik COVID-19 melanda bagi waktu sibuk dan tidak sibuk.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Oct 2020 10:28PM Dikemas Kini : 06 Oct 2020 10:36PM

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam kini antara 50 hingga 60 peratus daripada jumlahnya sebelum pandemik COVID-19 melanda bagi waktu sibuk dan tidak sibuk.

Namun, jumlahnya mungkin bertambah apabila lebih banyak majikan melaksanakan langkah-langkah untuk membolehkan lebih ramai pekerja kembali ke tempat kerja mengikut garis panduan terbaru Kementerian Tenaga Manusia.

Encik Ong berkata demikian dalam satu catatan di Facebook hari ini (6 Okt).

Beliau berkata kenaikan pada jumlah penumpang selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana kereta api masih tidak begitu sesak seperti yang sebelum ini.

Namun beliau menggalak majikan agar tidak mensia-siakan "peluang yang jarang ada ini untuk mengubah tabiat perjalanan dan bekerja."

Mereka seharusnya menimbangkan masa bekerja yang fleksibel iaitu dengan membenarkan pekerja mula bekerja pada waktu pagi di rumah dan kemudian ke tempat kerja selepas waktu sibuk.

Ini akan membolehkan sistem pengangkutan awam membawa lebih ramai orang ke tempat kerja dan pulang, pada masa yang sama tidak menjadi begitu sesak. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita