Jumlah penumpang Lapangan Terbang Changi pada Feb melebihi tahap sebelum pandemik
Anggaran Waktu Membaca:

Pelawat tiba di Lapangan Terbang Changi, 1 April 2022. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Buat pertama kalinya pada Februari tahun ini, Lapangan Terbang Changi menyaksikan jumlah pergerakan penumpang melebihi tahap sebelum pandemik.
Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Changi Airport Group (CAG) pada Rabu (13 Mac).
Sebanyak 5.35 juta penumpang melalui lapangan terbang itu menandakan kenaikan 4 peratus berbanding tempoh sama pad 2019.
Industri pelancongan menyatakan daya tarikannya adalah keupayaan Singapura untuk menganjurkan acara-acara unik untuk pelawat.
PERNIAGAAN LEBIH BAIK UNTUK INDUSTRI
Hari paling sibuk Lapangan Terbang Changi dalam bulan Februari adalah pada 18 hari bulan, di tengah-tengah tempoh perayaan Tahun Baharu Cina, dengan sekitar 203,000 pergerakan penumpang.
Ia juga sebelum Pertunjukan Udara Singapura, yang mencatat jumlah rekod hampir 60,000 pengunjung perdagangan.
Para pemandu pelawat memberitahu Mediacorp keadaan begitu sibuk.
"Setakat ini, saya terima banyak tempahan daripada pasangan peniaga - maksudnya isteri ahli perniagaan yang menemani suami mereka di sini bagi acara MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran)," kata pemandu warisan Jane's Singapore Tours, Shanti Bhattacharya.
"Mereka datang dan lakukan lawatan ke tempat-tempat etnik dan lawatan ke rumah hitam putih, rumah kedai Peranakan. Namun saya rasa salah satu lawatan yang menerima tempahan paling banyak adalah lawatan menjamu makanan."
Singapura menerima sekitar 1.44 juta pelawat pada bulan Februari, dengan 326,970 daripadanya datang dari China, menurut Lembaga Pelancongan Singapura.
China, salah satu pasaran utama Singapura, menyaksikan tanda-tanda pemulihan, selepas Singapura dan China bersetuju untuk saling meluluskan kemasukan bebas visa bagi rakyat kedua-dua negara.
Syarikat Trip.com, misalnya, mencatat kenaikan 60 peratus dari bulan ke bulan bagi tempahan dari China pada Februari.
JADUAL ACARA "AGAK PADAT"
Perunding pelancongan dan pengarah urusan MasterConsult Services, Christopher Khoo berkata: "Saya rasa pelancongan, secara amnya, ke Singapura terus pulih daripada COVID-19. Maka itu, jumlahnya meningkat. Ketibaan dari pasaran utama kita juga meningkat dengan kukuh."
Beliau berharap untuk melihat angka tersebut bertahan sepanjang tahun.
Bagi keseluruhan tahun 2023, Lapangan Terbang Changi mencatat 58.9 juta ketibaan penumpang. Ini lebih rendah berbanding 68.3 juta pergerakan penumpang pada 2019, sebelum COVID-19 melanda.
"Saya rasa jadual acara perniagaan kita agak padat. Kita bukan baik dalam satu perkara sahaja," kata beliau, sambil menambah jumlah pelawat bulan ini berkemungkinan dirangsang oleh mereka yang terbang ke sini bagi konsert Taylor Swift.
"Kita bercakap tentang Formula 1, kita bercakap tentang pameran berbeza-beza sepanjang tahun.
"Ini dianjurkan sepanjang tahun dan memberi sebab untuk pelawat datang ke Singapura. Perkara seperti beli-belah, pesta makanan dan sebagainya merupakan perkara lain yang membawa pelawat datang ke sini atas sebab tertentu."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.