Jumlah penonton Grand Prix F1 SG dijangka susut 17% susuli penutupan tempat duduk grandstand
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AP/Danial Hakim
SINGAPURA: Jumlah penonton perlumbaan Formula One di Singapura tahun ini dijangka berkurangan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu.
Ia disebabkan oleh penutupan bahagian Bay Grandstand bagi projek pembangunan semula Pentas Terapung Marina Bay.
Demikian menurut pihak penganjur pada Selasa (29 Ogos).
Perlumbaan F1 di Singapura tahun ini berlangsung dari 15 hingga 17 September.
Ia dianggarkan menarik 250,000 penonton iaitu jumlah purata sejak perlumbaan sebelah malam itu bermula pada tahun 2008. Jumlah penonton yang dianggarkan itu juga lebih rendah berbanding rekod tertinggi yang dicatat tahun lalu, iaitu seramai 302,000 penonton.
"Kami selalu sedar bahawa kami tidak dapat menggantikan inventori itu sepenuhnya, terutama sekali dengan sekatan litar jalan raya itu," kata pengarah eksekutif Singapore GP Adam Firth. Beliau menambah bahawa pihak penganjur telah berusaha secara aktif untuk mengenal pasti tapak-tapak berpotensi, yang menyediakan peluang baharu untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.
Dengan baki beberapa minggu sahaja sebelum bermulanya acara Litar Perlumbaan Marina Bay, penganjur perlumbaan mendedahkan bahawa persiapan berjalan seperti mana yang dijadualkan.
Permintaan bagi tiket perlumbaan "masih tinggi". Malah, tiket bagi 16 daripada 23 kategorinya sudah habis dijual manakala tiket bagi lima kategori, masih "disediakan dalam jumlah terhad".
Seawal April, hotel-hotel berhampiran litar Marina Bay telah mendapat tempahan sebagai persiapan, dengan sesetengah hotel bersiap sedia untuk ditempah sepenuhnya semasa hujung minggu berlangsungnya perlumbaan tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.