Skip to main content

Singapura

Jumlah penjualan syarikat e-dagang naik 2 angka

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah penjualan syarikat e-dagang naik 2 angka

Gambar fail seseorang membeli-belah online. (Gambar: Christy Yip)

Diterbitkan : 17 Dec 2024 08:23PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat e-dagang melaporkan keuntungan dua angka menerusi kempen jualan seperti 11.11 dan 12.12 baru-baru ini.

Namun demikian, sesetengah penganalisis berpendapat, para pelanggan mungkin jenuh kerana ada terlalu banyak 'jualan murah' .

Dengan perayaan sambutan Krismas bakal menjelang, rakyat Singapura tidak sekadar berkunjung ke pusat-pusat beli belah, malah mereka juga berbelanja secara online.

Syarikat-syarikat e-niaga juga kini melanjutkan hari jualan murah masing-masing.

Tabiat pembeli juga semakin berubah.

Pengarah, Shopee Singapore, Chua Kel Jin, berkata: "Nombor satu sebenarnya adalah penstriman langsung dan nombor dua sebenarnya adalah penghantaran hari berikutnya.

"Penstriman langsung, kami menyaksikan peningkatan 30 kali ganda, perbandingan tahun ke tahun.

"Ini mengesahkan trend bahawa orang ramai bukan sahaja melihat kepada harga, tetapi juga memastikan mereka mendapat tawaran terbaik.

"Bagi penghantaran keesokan harinya, saya rasa untuk 12.12, kami melihat peningkatan 8 kali ganda."

Yang pasti kini sudah ada terlalu banyak jualan murah besar-besaran termasuk Black Friday dan Cyber Monday.

Pensyarah Kanan, Pemasaran, Sekolah Perniagaan NUS Samer El Hajjar berkongsi: "
Jika kita ada semua potongan harga muncul satu persatu, mengapa harus saya tunggu tarikh-tarikh khas untuk berbelanja? Mengapa harus saya tunggu kempen khas?

"Jadi sebenarnya saya kurang pasti bahawa akan menjadi lebih istimewa, jika peruncit-peruncit tidak melakukan sesuatu yang cukup berbeza bagi potongan harga dalam kempen-kempen (jualan murah) ini."

Lantaran itulah, syarikat-syarikat online kini mencari cara-cara baharu untuk memikat pelanggan.

Lazada misalnya menggunakan maskot AI Lazzie yang berasaskan kecerdasan buatan untuk memberi saranan-saranan bersifat lebih peribadi kepada para pelanggan.

Watsons pula menawarkan barangan percuma sebelum tempoh jualan murah untuk menambat hati pembeli.
 
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita