Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pengunjung muzium, acara seni catat paras rekod tahun lalu

Sambutan SG50 pada tahun 2015 mungkin mendorong sokongan bagi kegiatan seni dan budaya pada tahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2017 03:45PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 09:33PM

SINGAPURA: Sambutan SG50 pada tahun 2015 mungkin mendorong sokongan bagi kegiatan seni dan budaya pada tahun itu.

Bagaimanapun, tahun 2016 ternyata menunjukkan sambutan lebih baik, dengan jumlah pengunjung ke muzium, institusi warisan dan kegiatan seni dan budaya, mencecah paras rekod yang tinggi.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, yang mengeluarkan laporan terbaru Statistik Kebudayaan Singapura pada Khamis (7 Dis), sebanyak 5.1 juta pengunjung membanjiri pelbagai muzium dan institusi warisan tahun ini, naik dari hampir empat juta pada tahun 2015.

Sementara itu, lebih 9.2 juta pengunjung menghadiri acara seni persembahan tanpa tiket tahun lalu, iaitu rekod tertinggi sejak tahun 2012. Ini didorong oleh meningkatnya jumlah acara dianjurkan yang mencapai paras rekod hampir 6,000 berbanding 5,000 pada tahun 2015.

Perangkaan tersebut menarik perhatian Menteri MCCY Cik Grace Fu dalam ucapannya di sidang tahunan Akademi Budaya Singapura yang diadakan di Muzium Negara Singapura.

Acara satu hari itu menampilkan pakar-pakar industri budaya tempatan dan antarabangsa, dengan tema "Menghidupkan dan Memulihkan Semula Bandar dan Ruang melalui Seni dan Budaya".

Sambil merujuk kepada laporan statistik kebudayaan, beliau berkata: "Trend positif ini menunjukkan kami berada di landasan betul dalam membangunkan persada seni dan budaya yang lebih bertenaga."

Menurut laporan tersebut, jumlah pengunjung susut sedikit bagi acara seni berbayar, dari 1.9 juta pada tahun 2015 kepada 1.8 juta.

Jumlah sumbangan dermawan kepada seni dan budaya juga merosot kepada S$74.3 juta berbanding S$152.6 juta pada tahun 2015, yang ketika itu dirangsang oleh sambutan SG50.

Pendanaan pemerintah juga turun berbanding paras tinggi sempena SG50 dari S$936.7 juta kepada S$712.7 juta.

Sumber : CNA/IM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan