Jumlah pengunjung ke SG melonjak 115% kepada 13.6 juta pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menyaksikan peningkatan 115 peratus pada jumlah pengunjung tahun lalu, daripada 6.3 juta pada 2022 kepada 13.6 juta pada 2023.
Perangkaan pada 2023 itu menepati ramalan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), iaitu antara 12 juta hingga 14 juta pengunjung.
Ia kira-kira 71 peratus daripada perangkaan pada 2019, sebelum perjalanan antarabangsa terhenti pada 2020 akibat pandemik COVID-19.
Peningkatan pada ketibaan pengunjung didorong oleh permintaan kukuh daripada gabungan pasaran utama Singapura, diterajui oleh Indonesia (2.3 juta), China (1.4 juta) dan Malaysia (1.1 juta). Pasaran-pasaran utama lain termasuk Australia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Hasil pendapatan pelancongan Singapura dijangka mencecah S$24.5 bilion kepada S$26 bilion bagi 2023, yang melebihi unjuran STB antara S$18 bilion hingga S$21 bilion.
Ini kira-kira 88 hingga 94 peratus daripada paras 2019, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh STB pada Khamis (1 Feb).
Pendapatan pelancongan Singapura mencecah S$20.1 bilion antara Januari hingga September 2023. Perangkaan muktamad bagi pendapatan pelancongan akan dikeluarkan pada suku kedua 2024.
Menurut STB, para pengunjung menghabiskan lebih banyak masa di Singapura berbanding sebelum pandemik. Purata tempoh penginapan pada 2023 adalah lebih kurang 3.8 hari, meningkat berbanding 3.4 hari untuk tempoh yang sama pada 2019.
RAMALAN BAGI 2024
Menurut STB, ia menjangkakan pemulihan sektor pelancongan akan berterusan pada 2024, didorong oleh ketersambungan dan kapasiti penerbangan global yang lebih baik serta pelaksanaan perjalanan bebas visa selama 30 hari antara China dan Singapura.

Ketibaan pengunjung antarabangsa dijangka mencecah sekitar 15 hingga 16 juta pada 2024, menjana kira-kira S$26.0 hingga S$27.5 bilion pada hasil pendapatan pelancongan.
PRESTASI INDUSTRI UTAMA
Bagi sektor Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE), STB menyatakan bahawa ia berhasil memperolehi beberapa acara perniagaan penting yang berlangsung di Singapura buat kali pertama tahun lalu.
Bagi acara-acara riadah, STB pada tahun 2023 menghoskan penampilan sulung ART SG, pameran seni terbesar di Asia Tenggara, sempena Minggu Seni Singapura.
Prestasi industri perhotelan pada 2023 dipacu oleh permintaan yang lebih kukuh untuk perjalanan riadah dan perniagaan, menurut STB.
Bagi sektor kapal pesiaran, Singapura mencapai rekod 2 juta jumlah penumpang daripada lebih 340 persinggahan kapal sejak Pusat Kapal Peleseran Marina Bay Singapura.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.