Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pengunjung ke Sentosa naik hampir 50% sejak 6 bulan lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2022 07:22PM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 11:02PM
SINGAPURA: Jumlah pengunjung ke Sentosa melonjak hampir 50 peratus sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun Sentosa menyatakan perangkaan itu membentuk hanya separuh daripada purata 19 juta pelawat ke Sentosa setiap tahun sebelum pandemik melanda.

Dengan jumlah pelancong luar negeri dijangka terus naik hingga hujung tahun ini, hotel-hotel dan perniagaan di Sentosa terus meningkatkan perkhidmatannya demi memenuhi permintaan.

Mendapatkan bilangan kakitangan yang mencukupi menjadi semakin genting tahun ini sedang pusat peranginan itu mengadakan pelbagai acara untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-50.

Antaranya adalah Festival Makanan Sentosa yang membuka tirainya semalam (21 Okt).

Salah seorang peniaga makanan yang mengambil bahagian dalam festival ini menyatakan bahawa pihaknya terpaksa mencari tenaga kerja tambahan bagi memenuhi permintaan.

Pemilik & Cef Pergh!Chicks, Afiq Irwan berkata: "Cara kami mengurus masalah kekurangan tenaga kerja ini adalah dengan mengambil beberapa pekerja asing, beberapa pekerja Malaysia, dan tentu sekali lebih ramai bakat tempatan juga."

Bagi hotel-hotel pula, hotel Sofitel misalnya menyaksikan kadar penginapan harian secara purata sudah pun melepasi bilangan yang dicatatkan pada tahun 2019.

Dengan musim kemuncak akhir tahun yang bakal menjelang, hotel itu sedang memulakan skim-skim baru untuk menarik lebih ramai bakat menyertai tenaga kerjanya.

Pengurus Besar, Sofitel Singapore Sentosa Resort & Spa, Giovanni Viterale berkongsi: "Kami mempunyai program bimbingan baru yang direka khusus untuk melatih pemimpin sektor pelancongan masa depan dengan menawarkan peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sektor pelayanan untuk mendapatkan bimbingan dan belajar mengenai amalan perniagaan daripada veteran dan juga pekerja industri pelancongan.

"Bagaimanapun, kami sentiasa mencari bakat tempatan untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan juga pertambahan perniagaan."
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan