Jumlah pengunjung acara Raikan Ilmu 2024 naik hampir 50% berbanding tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas Tampines dan Jurong, acara Raikan Ilmu@Heartlands kini diadakan pula di Kampung Admiralty di Woodlands.
Pameran yang berlangsung hari ini (27 Jul) dan esok itu menutup tirai kempen Raikan Ilmu yang berlangsung selama sebulan.
Naib Pengerusi MENDAKI Zaqy Mohamad memuji sokongan masyarakat Melayu terhadap program-program kempen Raikan Ilmu sejak pelancarannya pada 29 Jun lalu.
"Sejauh ini, kempen Raikan Ilmu telah menyaksikan (peningkatan) hampir lebih daripada 50 peratus (berbanding 2023) kunjungan daripada peserta-peserta daripada masyarakat Melayu kita. Ini merupakan satu pencapaian baik di mana kita melihat lebih ramai di antara kita lebih mendakap (kempen) Raikan Ilmu tahun ini," kata Encik Zaqy kepada wartawan Syawal Yusoff di acara #MakingConnections 2024.
PUPUK MINAT GOLONGAN MUDA PADA TEKNOLOGI MEMBANGUN MENERUSI ROBOTIK
Acara tahun ini melibatkan lebih 40 badan korporat,masyarakat dan pertubuhan Melayu/Islam (MMO).
Antara tarikan yang paling popular ialah astaka robotik.
Pertandingan robotik Dreambot Showdown yang dianjurkan bersama Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) mendapat sambutan di luar dugaan.
"Kami telah mulakan pertandingan ini sejak bulan Mei yang lalu. Hampir 1,500 para pelajar kita telah menyertai pertandingan ini. Sebenarnya saya amat kagum dengan kebolehan anak-anak kita," kata Pengarah Pendidikan Yayasan MENDAKI, Fairoz D'Cruz kepada wartawan Fatyn Afiqah Abdul Samad.
Salah seorang daripada 10 pemenang pertandingan itu ialah pelajar Menengah Empat, Sekolah Menengah Monfort, Muhammad Ariq Haziq Bin Mohd Johari.
Minatnya kepada 'Lego' dan juga dorongan oleh para guru memberinya keyakinan untuk menyertai pertandingan tersebut.
"Selepas mengambil bahagian dalam pertandingan ini, saya dapat mempelajari lebih banyak tentang bidang robotik dan saya akan terus turut serta dalam lebih banyak acara-acara robotik," kata Ariq Haziq.
Acara dua hari itu turut diserikan Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan AP GRC Sembawang, Mariam Jaafar.
Dr Faishal turut memuji usaha MENDAKI untuk memupuk minat golongan muda dalam industri-industri baharu dan membangun.
"Kita harus lihat ilmu dalam era pada masa kini iaitu bagaimana kita bukan sahaja boleh menimba ilmu tetapi kita boleh kekal relevan dalam dunia yang selalu berubah dan selalu membangun dan kita mahukan anak anak kita daripada masyarakat Melayu untuk terus membangunkan Singapura dengan masyarakat yang lain," kata Dr Faishal, yang juga Menteri Negara Pembangunan Negara.
Satu lagi astaka yang menjadi tumpuan ramai adalah studio mini BERITA Mediacorp.
Para pengunjung berbilang usia dan kaum juga teruja dapat mencuba bakat menyampaikan di bawah bimbingan para penyampai BERITA seperti Izwan Ohtman dan Nursha Ismail.
Raikan Ilmu@Heartlands di Kampung Admiralty akan berlangsung sehingga 8 malam Ahad (28 Jul).

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.