Jumlah pengecas EV di tempat letak kereta HDB naik 40% sejak 2023
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TODAY/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Kira-kira separuh daripada semua tempat letak kereta HDB, atau kira-kira 1,000 tempat letak kereta, sudah dipasang dengan pengecas Kenderaan Elektrik (EV).
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Ogos).
Ini kenaikan kira-kira 42 peratus berbanding "lebih kurang 700" tempat letak kereta HDB disediakan dengan pengecas EV pada hujung 2023.
Sekalipun demikian, pemasangan pengecas EV di kediaman privet seperti kondominium masih ketinggalan, dengan pihak berkuasa menyasarkan 20 peratus tempat letak kereta di kawasan kediaman tersebut dilengkapi pengecas menjelang hujung tahun ini.
Seorang pengerusi pengurusan kondominium berkata, cabaran utama adalah meyakinkan penduduk untuk membayar kos tambahan memasang pengecas EV, yang hanya memanfaatkan beberapa pengguna terpilih.
Sungguhpun demikian, LTA menyatakan bahawa prasarana mengecas EV masih "diperluaskan secara berterusan", dengan kira-kira 13,800 tempat mengecas EV berdaftar dipasang di seluruh negara setakat ini.
Ia adalah peningkatan hampir empat kali ganda daripada lebih 3,600 pengecas yang dipasang pada hujung 2022. Pada 2020, hanya 1,600 pengecas disediakan.
Di bawah Pelan Singapura Menghijau 2030, pihak berkuasa menyasar supaya semua pendaftaran kereta dan teksi baharu perlu menggunakan model tenaga bersih, serta 60,000 pengecas disediakan di seluruh negara menjelang 2030.
LTA mengulangi bahawa ia berada di landasan yang betul untuk semua bandar HDB mempunyai pengecas EV menjelang akhir tahun depan.
Pengecas EV tersebut akan oleh dipasang EV-Electric Charging Pte Ltd (EVe), sebuah anak syarikat LTA.
CABARAN MEMASANG PENGECAS EV DI KEDIAMAN PRIVET
Menurut Encik Ang Chee Siong, pengerusi majlis pengurusan kondominium The Quintet di Choa Chu Kang, ia sukar untuk meyakinkan penduduk membayar kos tambahan bagi pengecas, kerana hanya sebahagian kecil penduduk menggunakan EV.
Encik Ang berkata pihak pengurusan kondominium mengambil masa setahun untuk mengkaji isu tersebut, dan mencari huraian yang dapat memuaskan penduduk.
Mereka mendapati dua huraian untuk menyelesaikan isu kos itu, iaitu dengan menggunakan khidmat "pemasangan sifar-kos" bagi pengecas, atau menggunakan Geran Pengecas EV Dikongsi ditawarkan LTA.

Geran tersebut membantu dalam meyakinkan penduduk bahawa kos untuk memasang pengecas tidak menggunakan perbelanjaan yang banyak.
Enam pengecas EV dipasang di kondominium itu pada Januari.
LTA menyatakan bahawa dengan pembiayaan bersama daripada Geran Pengecas EV Dikongsinya, ia sudah membiayai bersama lebih daripada 1,200 pengecas, termasuk pengecas di The Quintet.
LTA menambah bahawa menjelang akhir tahun ini, dianggarkan satu daripada lima kediaman privet di Singapura, seperti kondominium, akan dilengkapi dengan tempat mengecas EV.
Ketika bercakap bersama wartawan di The Quintet, Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Amy Khor berkata, untuk lebih membantu pelan pemasangan pengecas EV di kondominium dengan lebih baik, satu perubahan pada peraturan dikuatkuasakan pada lewat 2023.
Ia mengurangkan jumlah undian bagi pemasangan pengecas EV di kondominium kepada 50 peratus penduduk, turun daripada 90 peratus.
"Kami fikir kadar pemasangan akan meningkat kerana maklum balas sebelum ini adalah ia agak sukar untuk mencapai kadar resolusi yang lebih tinggi," kata Dr Khor.
Setakat ini, kira-kira 18,000 kereta, atau 2.7 peratus daripada jumlah kereta di Singapura, adalah jenis elektrik.
Dr Khor menambah, lebih 80 peratus daripada semua pendaftaran kereta baharu pada separuh pertama tahun ini adalah model tenaga lebih bersih, yang juga merangkumi kenderaan hibrid.
LTA menyatakan ia juga akan mengetepikan yuran pendaftaran bagi pengecas yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Ini menyusuli pengumuman baru-baru ini bahawa LTA akan mengetepikan yuran pendaftaran bagi pengecas yang digunakan untuk tujuan jangka pendek sehingga dua bulan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.