Skip to main content

Singapura

Jumlah pengambilan pekerja di SG naik seganda pada Q2: Anggaran awal

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2024 02:07PM Dikemas Kini : 31 Jul 2024 08:45PM
SINGAPURA: Jumlah pengambilan pekerja pada suku kedua tahun ini naik lebih seganda berbanding suku sebelumnya.

Demikian menurut anggaran awal pasaran buruh yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (31 Jul).

Jumlah pengambilan pekerja secara keseluruhan, tidak termasuk pembantu rumah hijrahan, meningkat sebanyak 11,300 pada suku kedua 2024, lebih seganda pertumbuhan 4,700 pada setiap suku.

Jumlah pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk terus berkembang dalam sektor seperti khidmat kewangan, khidmat kesihatan dan sosial dan khidmat profesional, yang sekali gus menunjukkan prospek pengambilan pekerja yang positif bagi para penduduk.

Namun, jumlah pengambilan pekerja yang merupakan penduduk negara ini secara keseluruhan menyaksikan kemerosotan kecil dalam suku kedua 2024 disebabkan kemersosotan bermusim dalam perdagangan runcit. Para majikan mengambil lebih ramai pekerja secara sementara pada suku keempat setiap tahun bagi perayaan akhir tahun.

Jumlah pengambilan pekerja yang bukan penduduk negara ini melonjak dan diambil kira bagi semua pertumbuhan pengambilan pekerja pada suku kedua itu, selepas menyusut pada suku pertama tahun ini.

Kenaikan dalam pengambilan pekerja bukan penduduk pada suku kedua dirangsang oleh pengambilan para pemegang permit kerja yang bertugas dalam peranan bukan-PMET dalam bidang binaan dan pembuatan, jelas MOM.

Bagi separuh pertama 2024, jumlah pengambilan pekerja meningkat dalam kalangan para penduduk dan bukan penduduk di sini.

Kadar pengangguran juga menyusut pada Jun berbanding bulan lalu.

Kadar pengangguran secara keseluruhan pula turun sedikit daripada 2.1 peratus pada Mei kepada 2 peratus pada Jun.

Kadar penduduk itu menyusut daripada 2.9 peratus kepada 2.7 peratus, sementara kadar warganegara merosot daripada 3 peratus kepada 2.8 peratus.

Jumlah pengangguran kekal stabil pada suku kedua - 3,100 berbanding dengan 3,030 yang dicatat pada suku sebelumnya.

PROSPEK

Kadar pengambilan pekerja bukan penduduk yang melantun pada suku kedua itu menunjukkan bahawa terdapat permintaan buruh yang berterusan dalam ekonomi, nyata MOM.

Meskipun jumlah pengambilan pekerja dalam kalangan para penduduk turun sedikit pada suku kedua, ia tidak dijangkakan memandangkan jumlah pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk biasanya menyusut sedikit atau menunjukkan kenaikan lebih kecil dalam suku kedua, jelas MOM.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita