Jumlah pengambilan pekerja dalam suku ke-2 pulih hampir ke paras sebelum pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Pasaran buruh terus bertambah baik pada suku kedua 2022 dengan jumlah pengambilan pekerja mencapai 99.5 peratus daripada paras pada Disember 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19.
Demikian menurut Laporan Pasaran Buruh terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (14 Sep).
Pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk pada Jun tumbuh kepada 4.2 peratus menjangkaui paras sebelum pandemik. Pengambilan pekerja bukan penduduk pula kekal 10 peratus di bawah paras sebelum pandemik, meningkat dengan ketara dari suku pertama tahun ini berikutan pelonggaran sekatan sempadan.
Namun, prospek permintaan luaran melemah ekoran kelembapan ekonomi. Masalah global seperti perang di Ukraine, tekanan inflasi, ketegangan geopolitik di rantau ini serta trajektori pandemik COVID-19 bermakna bahawa prospek pasaran buruh tidak sekata merentasi semua sektor, menurut MOM.
"Pasaran buruh terus membuat kemajuan ketara dalam suku kedua 2022 ketika Singapura pulih daripada kesan pandemik COVID-19, namun terdapat ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat pada masa kelak," menurut kementerian itu.
Setiausaha Tetap MOM Ng Chee Khern berkata pasaran buruh kekal kukuh tetapi terdapat tanda-tanda awal pelonggaran sedang pengambilan pekerja beransur rancak.
"Di tengah-tengah ketidaktentuan ini, kita harus meneruskan transformasi ekonomi dan mempertingkatkan daya bingkas perniagaan serta kakitangan kami terhadap kejutan," kata Encik Ng.
"Perniagaan boleh mengukuhkan teras warga Singapura masing-masing melalui kemahiran semula serta menawarkan aturan kerja fleksibel untuk memanfaatkan lebih banyak segmen tenaga kerja seperti pekerja lebih berusia dan golongan penjaga."
Sektor pelancongan dan penerbangan dijangka terus meraih manfaat daripada pemulihan kukuh dalam jumlah penumpang udara dan ketibaan pelawat antarabangsa.
Permintaan dalam sektor pengguna seperti perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) juga seharusnya kekal teguh dengan pelonggaran sekatan domestik dan sempadan, menurut MOM.
Namun, pertumbuhan dalam sektor berorientasikan luar seperti perkhidmatan kewangan dan insurans dijangka tumbuh pada rentak perlahan ekoran masalah global.
KADAR PENGANGGURAN
Meskipun pengambilan pekerja bukan penduduk dijangka meningkat lanjut sedang ia mencapai tahap sebelum pandemik, pertumbuhan bagi pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk mungkin lebih "suram", menurut MOM.
MOM menambah bahawa nisbah kerja kosong dengan penganggur kekal tinggi dan menginjak dari 2.42 pada Mac kepada 2.53 pada Jun.
Menjawab soalan wartawan tentang sama ada keadaan pasaran buruh yang ketat akan berterusan, Encik Ng memberi amaran bahawa perkara yang diingini mungkin menimbulkan akibat yang tidak dijangka lagi tidak menyenangkan. Beliau menarik perhatian kepada latihan memberhentikan kakitangan yang dilakukan syarikat Food Panda baru-baru ini.

Dengan Bank Simpanan Federal Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah, ramai orang menjangkakan kemelesetan ekonomi berlaku di AS, kata beliau.
"Permintaan buruh akan pulih lebih awal daripada anda jangkakan dan ia tidak semestinya satu keadaan yang baik," tambahnya.
Pertumbuhan jumlah pengambilan pekerja dalam suku kedua, sebanyak 108,500 pekerja, sebahagian besarnya didorong oleh pekerja hijrahan yang pulang ke Singapura, terutamanya dalam sektor binaan dan pengilangan.
Pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk juga tumbuh dalam separuh pertama tahun ini, sebanyak 13,100, dengan kenaikan terbesar dicatatkan dalam sektor perkhidmatan kewangan dan insurans, maklumat dan penerangan serta perkhidmatan profesional.
Kadar pengangguran keseluruhan pada Julai kekal pada paras sebelum pandemik iaitu 2.1 peratus.
Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk adalah 2.9 manakala bagi rakyat pula adalah 3 peratus.
Kadar pengangguran jangka panjang dalam kalangan penduduk merosot buat suku ketiga beruntun dan kembali kepada paras purata sebelum pandemik iaitu 0.7 peratus pada Jun.
KADAR PEMBERHENTIAN CATAT REKOD RENDAH
Jumlah pemberhentian kerja merosot ke paras rekod, dari 1,320 dalam suku pertama kepada 990 pada suku kedua.
Dalam kalangan penduduk yang diberhentikan kerja, peratusan yang kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan merosot kepada 66 peratus dari 72 peratus pada suku lalu, namun tetap tinggi berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Laporan buruh itu juga mendedahkan kadar pengambilan pekerja meningkat pada 2.6 peratus dari 2.5 peratus pada suku sebelumnya manakala kadar peletakan jawatan pula kekal pada 1.7 peratus.
Sebahagian besar kerja kosong pada Jun 2022, atau 22 peratus, adalah daripada sektor binaan dan pengilangan.
Sektor pertumbuhan maklumat dan penerangan, perkhidmatan kewangan dan insurans, perkhidmatan profesional serta perkhidmatan kesihatan dan sosial membentuk 31 peratus daripada kerja kosong.
Jumlah kerja kosong terus meningkat dalam sektor perkhidmatan profesional. Laporan tersebut menarik perhatian kepada prospek cerah sektor itu berikutan pelonggaran sekatan yang memudahkan pelibatan pelanggan perniagaan di luar negara.
Lagi 17 peratus kerja kosong pada Jun adalah dalam sektor-sektor berkaitan pengguna dan pelancongan seperti seni, hiburan dan rekreasi, perkhidmatan F&B, penginapan, runcit dan pengangkutan udara serta perkhidmatan sokongan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.