Jumlah penerima ComCare merosot sejak 2020
Jumlah individu yang memerlukan bantuan sosial merosot sedang ekonomi dan pasaran buruh kembali pulih.
SINGAPURA: Jumlah individu yang memerlukan bantuan sosial merosot sedang ekonomi dan pasaran buruh kembali pulih.
Menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, jumlah penerima ComCare berkurangan dengan stabil mulai 2020.
Pada tahun lalu, jumlah rekod S$236 juta diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah skim ComCare iaitu peningkatan 56 peratus berbanding 2019.
Jumlah penerima bantuan juga naik sekitar 22 peratus.
"Kami tidak menjangkakan jumlah bantuan diagihkan kepada para penerima ComCare pada tahun kewangan 2021 kekal sama seperti paras tahun kewangan 2020 walaupun ia mungkin lebih tinggi daripada paras pra COVID pada tahun kewangan 2019.
"MSF akan terus bekerjasama dengan agensi pemerintah dan rakan masyarakat yang lain untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada individu dan keluarga memerlukan," kata Encik Masagos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.