Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah penerima bantuan naik seganda; derma umum dialukan Bank Makanan Jamiyah untuk terus bertahan

Jumlah penerima bantuan dalam senarai Bank Makanan Jamiyah kini hampir seganda lebih tinggi disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Mar 2021 08:48PM Dikemas Kini : 21 Mar 2021 10:52PM

SINGAPURA: Jumlah penerima bantuan dalam senarai Bank Makanan Jamiyah kini hampir seganda lebih tinggi disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Pada Disember 2019, hanya terdapat sekitar 480 keluarga dalam senarai bantuannya tetapi jumlah itu sekarang mencecah 920 keluarga.

Ini menjadi satu cabaran besar untuk Bank Makanan Jamiyah terus bertahan. Malah, menurut badan tersebut, bekalan sedia ada kini hanya dapat menampung dua agihan saja.

Maka itu, satu derma kilat diadakan hari ini (21 Mac). Orang ramai dipelawa menyumbang barang-barang dapur dan menghantarnya langsung ke Bank Makanan Jamiyah.

Menariknya, para sukarelawan dikerahkan untuk mengambil barangan yang ingin disumbang, langsung dari but kenderaan para penderma.

Dengan itu, penderma tidak perlu mencari tempat letak kereta ataupun mengangkat barangan berat ke dalam kemudahan Jamiyah.

Secara keseluruhan, 280 kereta dan 140 motosikal melalui acara pandu lalu Jamiyah.

"Kami dapat lagi menyediakan bekalan bagi pengagihan kepada para penerima bantuan untuk lagi sekurang-kurangnya tiga kali. Kami melakukan pengagihan sekali untuk setiap dua bulan. Jadi bermakna bekalan kami boleh menahan sekurang-kurangnya enam bulan," kata Encik Jaffar Mydin selaku Ketua Pegawai Operasi Jamiyah Singapura.

Minggu depan, satu inisiatif baru juga akan dijalankan.

"Kami jangka jumlah keluarga yang memerlukan pertolongan akan terus meningkat. Kami ingin bersedia untuk mengagihkan makanan. Maka itu kita akan membuka wadah online pada minggu hadapan untuk mereka yang berhasrat untuk menolong dengan membuat sumbangan," tambah Encik Jaffar.

Sumbangan wang itu kemudian akan digunakan Jamiyah untuk menambah lagi bekalan dalam Bank Makanan Jamiyah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan