Jumlah penerima Anugerah MENDAKI naik 17%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menekankan lagi janji Pemerintah kepada setiap warga Singapura dalam setiap generasi bahawa Singapura memberi warga peluang untuk mencapai potensi penuh mereka.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah MENDAKI pada Sabtu (29 Jul) di mana jumlah penerima tahun ini naik sebanyak 17 peratus.
Menurut Encik Chan pencapaian masyarakat Melayu/Islam yang berjaya ke peringkat universiti meningkat seganda sejak sedekad yang lalu adalah sesuatu yang patut dibanggakan.
Beliau melahirkan harapan masyarakat Melayu/Islam akan lebih cemerlang di masa-masa akan datang.
"Hari ini bukan masa sekadar untuk meraikan pencapaian peribadi sahaja. Ia meraikan komitmen kami, komitmen kolektif untuk melakukan sesuatu untuk satu sama lain dengan menyumbang semula kepada masyarakat, " kata Encik Chan.
"Kepada anda semua yang telah berjaya dan cemerlang, sentiasa ingat bahawa kini anda mempunyai kebolehan untuk juga mendampingi orang lain yang mungkin tidak berkemampuan atau menikmati kelebihan seperti anda. Hanya dengan itu kita boleh maju bersama sebagai sebuah masyarakat dan sebagai satu Singapura," ujarnya.
Seramai 150 pelajar Melayu/Islam naik pentas bagi menerima pengiktirafan atas kecemerlangan mereka dalam bidang pendidikan dan sumbangan kepada masyarakat.
Kesemuanya, 17 kategori anugerah diberikan - dari peringkat PSLE hinggalah ke peringkat pos menengah.
Pemenang Anugerah Gemilang MENDAKIi kali ini ialah Abdul Mateen Abdul Malik kerana bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memberi kesan positif kepada kehidupan orang lain.
Lulusan Maktab Rendah Victoria itu meraih gred 'Kepujian' untuk kesemua mata pelajaran di peperiksaan GCE peringkat 'A'.
Beliau giat melakukan kerja-kerja sukarelawan seperti mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik dan membantu warga emas.
"Anugerah ini adalah satu inspirasi bagi saya untuk terus menggunakan masa saya dalam NS secara bijak dan terus membantu masyarakat," kata Abdul Mateen.
Tambahnya lagi: "Saya amat bersyukur untuk menerima anugerah ini tetapi saya harus ingat bahawa kita perlu menyumbang balik kepada masyarakat."
Buat julung-julung kalinya, Biasiswa Bakat MENDAKI disampaikan kepada tiga individu cemerlang.
Antaranya ialah Humaira Safiya Mohd Helmi yang akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Biasiswa ini memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri dan juga memberikan impak yang positif dan saya juga ada niat yang mendalam untuk membantu masyarakat," kata lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu yang akan mengambil dua sarjana dalam Sains Politik dan ekonomi.
Acara di hotel voco Orchard itu dihadiri sekitar 400 hadirin. Ia sekali gus menggulung sambutan Bulan Raikan Ilmu tahun ini.
Bahagian kedua Anugerah MENDAKI yang meraikan pencapaian pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IHL) akan diadakan pada Oktober nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.