Jumlah penduduk SG naik kepada 5.92 juta selepas pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah keseluruhan penduduk Singapura mencecah 5.92 juta setakat Jun tahun ini, naik lima peratus berbanding tahun lalu.
Jumlah penduduk naik setelah ia merosot semasa pandemik COVID-19, dan kini sudah melebihi jumlah penduduk pada 2019, iaitu 5.7 juta.
Angka tersebut diterbitkan pada Jumaat (29 Sep) dalam laporan tahunan Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD), Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Daripada 5.92 juta penduduk Singapura itu, 4.15 juta merupakan warga dan penduduk tetap manakala 1.17 juta lagi bukan penduduk, yang terdiri daripada tenaga kerja asing, pemilik pas tanggungan dan pelajar antarabangsa.
Rakyat Singapura merangkumi 3.61 juta orang, atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan. Ia naik 1.6 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah Penduduk Tetap (PR) naik 3.7 peratus kepada 538,600 pada Jun 2023.
Menurut laporan itu disebabkan larangan pergerakan berkaitan COVID-19 yang dilonggarkan, lebih ramai rakyat tempatan dan PR yang menetap di luar negara pulang ke Singapura. Ia merupakan faktor penyumbang terbesar kepada kenaikan penduduk rakyat tempatan dan PR.
Jumlah bukan penduduk melonjak 13.1 peratus kepada 1.77 juta, dengan kenaikan pada semua pas kerja. Kenaikan paling ketara berpunca dari pemilik permit kerja dalam industri pembangunan, limbungan kapal marin dan pemprosesan.
Laporan itu menyatakan kenaikan yang lain dalam pengambilan pekerja asing terbahagi secara rata kepada beberapa sektor. Ini sedang syarikat-syarikat memenuhi pekerjaan yang ditinggalkan oleh mereka yang bukan penduduk semasa pandemik.
Mengambil kira kemerosotan jumlah penduduk secara keseluruhan pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik, kadar pertumbuhan penduduk secara purata sejak lima tahun kebelakangan ini boleh disamakan dengan lima tahun sebelumnya, dedah laporan tersebut.
Pada 2021, ketika sempadan ditutup, jumlah penduduk jatuh kepada 5.45 juta, kemudian naik kepada 5.65 juta tahun lalu, sebelum mencecah 5.92 juta Jun ini.
Dari 2013 hingga 2018, kadar pertumbuhan kompaun secara purata penduduk Singapura adalah 0.9 peratus, dan satu peratus dari 2018 sehingga 2023.
Data dari laporan tersebut juga menunjukkan jumlah perkahwinan melibatkan rakyat Singapura pada 2022 mencapai rekod tertinggi sebanyak 24,767.
Sementara itu, jumlah bayi warga Singapura jatuh kepada 30,429.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.