Skip to main content

Singapura

Jumlah penduduk S'pura cecah 5.7 juta

Jumlah penduduk Singapura naik 1.2 peratus dari Jun 2018 hingga Jun lalu untuk mencapai 5.7 juta orang. Ia didorong kelahiran di kalangan warga Singapura dan warga baru serta jumlah pekerja asing yang meningkat, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2019 04:42PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 09:09PM

SINGAPURA: Jumlah penduduk Singapura naik 1.2 peratus dari Jun 2018 hingga Jun lalu untuk mencapai 5.7 juta orang. Ia didorong kelahiran di kalangan warga Singapura dan warga baru serta jumlah pekerja asing yang meningkat, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Rabu (25 Sep).

Dalam tempoh yang sama, jumlah warga baru Singapura adalah tertinggi sejak sekurang-kurangnya 11 tahun lalu, menurut laporan tahunan Penduduk itu.

Setakat Jun 2019, jumlah warga Singapura meningkat sebanyak 0.8 peratus untuk mencapai 3.5 juta orang.

Jumlah penduduk tetap (PR) kekal stabil pada paras 530,000, manakala bilangan bukan penduduk meningkat sebanyak 2 peratus mencecah 1.68 juta orang.

Peningkatan itu didorong oleh kehadiran lebih ramai pekerja asing khususnya pemegang permit kerja susulan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan binaan.

Pengambilan pekerja asing - tidak termasuk pembantu rumah - naik sekitar 22,000 orang antara Jun 2018 hingga Jun 2019 berbanding dua tempoh kemerosotan sebelumnya. Antara 2017 hingga 2018, bilangan pekerja asing di Singapura merosot sebanyak 10,000; manakala antara 2016 hingga 2017, jumlahnya merosot sekitar 36,000.

Terdapat 22,550 rakyat baru tahun lalu, berbanding 22,076 pada tahun sebelumnya. Seramai 32,710 orang diberi status PR berbanding 31,849 pada 2017.

Kebanyakan daripada mereka (61.6 peratus) berasal dari negara-negara Asia Tenggara, lagi 32.4 peratus dari negara Asia lain dan 6 peratus lagi dari negara-negara luar rantau Asia.

Sekitar 1,576 atau 7 peratus status kerakyatan baru diberikan kepada anak rakyat Singapura yang dilahirkan di luar negara, lebih kurang sama berbanding tahun sebelumnya.

Singapura memberikan antara 15,000 hingga 25,000 status kerakyatan setiap tahun "kepada individu yang komited menjadikan Singapura rumah mereka," menurut laporan yang diterbitkan Pasukan Strategi di Pejabat Perdana Menteri.

"Golongan pendatang ini membantu mengurangkan kesan penduduk yang menua dan kadar kelahiran rendah dalam kalangan warga dan mengelakkannya daripada terus mengecut pada tempoh jangka panjang," tambahnya lagi.

Dalam kalangan PR baru pula, 62.5 peratus datang dari negara-negara Asia Tenggara, 31.2 peratus dari negara Asia lain dan 6.3 peratus dari luar Asia.

Sumber : CNA/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita