Jumlah penduduk Marsiling, Woodgrove yang sertai Jalinan Rahmah naik lebih 20%, ikuti ceramah sempena ketibaan Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inisiatif masyarakat, Jalinan Rahmah, berjaya menarik penyertaan lagi 150 peserta dalam edisi ketiga acaranya.
Ini membuatkan jumlah keseluruhan peserta yang berjaya dihubungkan dengan kumpulan-kumpulan Qaryah di kawasan Woodgrove dan Marsiling kepada lebih 800 penduduk.
Perkara tersebut dikongsikan penasihat GRC Marsiling-Yew Tee, Zaqy Mohamad yang hadir untuk menyerikan acara yang diadakan di Blok 571 Linkhall, Woodlands Avenue 1 pada Sabtu (4 Jan).
Acara anjuran bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Kelab Masyarakat Fuchun, Masjid An-Nur, lima kumpulan Qaryah di Woodgrove (9,10,11,15,30) dan Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).
Jalinan dan ikatan kukuh yang terjalin menerusi kegiatan seperti ini diharap dapat memperkasa keluarga dan semangat kejiranan di kawasan itu.
Jalinan Rahmah juga bertujuan untuk membangunkan sebuah masyarakat yang lebih saling terhubung dan menyokong antara satu sama lain.
Di acara itu, Encik Zaqy bersama dengan penasihat GRC Marsiling-Yew Tee, Hany Soh, juga mengagihkan Nasi Beriani yang ditaja dan disiapkan khas oleh para relawan di IMSSA kepada para penduduk.
"Para pemimpin kumpulan Qaryah dan relawan akar umbi memainkan peranan penting dalam menyokong usaha M³ dan mengeratkan hubungan sesama para penduduk," kata Encik Zaqy.
Beliau menambah bahawa makanan yang disediakan IMSSA menandakan bagaimana perbuatan baik yang kecil boleh memupuk rasa perpaduan yang lebih mendalam dalam masyarakat.
CERAMAH MOTIVASI SAMBUT KEDATANGAN RAMADAN
Sempena menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi, sebuah ceramah juga diadakan.
Ia disampaikan oleh Ustaz Haron Hassan Akhtar yang juga merupakan duta Pertubuhan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC).
Dalam ceramah berkenaan, beliau berkongsi pandangannya berhubung pelbagai manfaat yang bakal diraih setiap individu ketika berpuasa, tanpa mengira latar belakang mereka.
"Dengan bulan puasa yang bakal menjelang, pandangan yang dikongsikan tentang berpuasa dan cara untuk memperkukuhkan hubungan dan jalinan kekeluargaan adalah tepat pada masanya dan boleh dikaitkan para penduduk. Ia memberi peringatan tentang pentingnya berpuasa dengan niat dan juga nilai-nilai Ramadan.
"Pada masa yang sama, bagaimana kami sebagai sebuah masyarakat dapat menyumbang kepada kemajuan dan perpaduan masyarakat yang lebih besar," kata Encik Zaqy.
Para kakitangan dan relawan dari Majid An-Nur juga menyantuni para penduduk dan berkongsi inisiatif sosial yang sedang dijalankan untuk menyemarakkan dan memperkasakan lagi usaha Jalinan Rahmah.

SESI JALINAN RAHMAH SEBELUM INI
Sebelum ini, sudah dua sesi Jalinan Rahmah diadakan di Woodgrove iaitu pada Mei dan Ogos 2024.

Usaha yang diteruskan itu dialu-alukan pada penduduk.
"Jalinan Rahmah adalah sebuah acara yang sangat bermakna dan dinanti-nantikan saya dan keluarga. Sifat kemasyarakatan yang terjalin itu sangat menyentuh hati.
"Kami bukan sahaja menerima sokongan melalui pengagihan makanan tetapi juga mendapat pandangan yang berharga daripada ceramah-ceramah motivasi yang diadakan," kata penduduk Woodgrove, Sapiah Puteh yang juga ibu kepada tiga orang anak.
Selain menjamu selera dan menambah ilmu menerusi ceramah motivasi, para penduduk juga dihiburkan oleh persembahan Kumpulan Muhibbah.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.