Jumlah pendengar stesen radio Mediacorp capai tahap tertinggi dalam 14 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Kampus Mediacorp di One-North.
SINGAPURA: Jumlah pendengar stesen radio Mediacorp di Singapura mencapai paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun iaitu 86 peratus, meningkat 2.2 peratusan mata berbanding 2025, menurut tinjauan radio Nielsen terkini.
Mediacorp menaungi lapan daripada 10 stesen radio utama Singapura – YES 933, CLASS 95, LOVE 972, CAPITAL 958, WARNA 942, GOLD 905, 987 dan OLI 968 – yang menjangkau hampir 4 juta pendengar setiap minggu.
Sementara itu, CNA 938 kekal sebagai stesen berita pilihan Singapura, dengan jumlah pendengarnya meningkat tiga tahun berturut-turut pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 6.4 peratus, menurut Mediacorp pada Khamis (23 Jul).
Stesen itu mencatatkan jumlah capaian radio tertinggi setakat ini, meningkat 11.6 peratus kepada 307,000 pendengar. Prestasinya dipacu oleh peningkatan 40 peratus pada jumlah pendengar sebelah pagi.
Stesen-stesen radio Mediacorp menduduki kedudukan teratas dalam kalangan demografi utama dalam tinjauan tersebut, dengan YES 933, CLASS 95 dan LOVE 972 disenaraikan sebagai stesen paling banyak didengar dalam kalangan kumpulan seperti golongan profesional, pengurus, eksekutif, pemilik perniagaan serta ibu bapa.
Merentasi segmen pendengar Cina, Melayu dan India, tiga stesen teratas semuanya merupakan jenama Mediacorp.
Bagi stesen radio berbahasa Inggeris, stesen-stesen radio Mediacorp menambah 133,000 pendengar untuk menjangkau lebih 1.7 juta pendengar, dengan CLASS 95 mencatat pertumbuhan terbesar apabila jumlah pendengar mingguannya meningkat 22 peratus kepada 874,000.
Bagi segmen bahasa Cina pula, YES 933, LOVE 972 dan CAPITAL 958 menarik gabungan 1.9 juta pendengar, merangkumi 37.4 peratus daripada keseluruhan pendengar radio dan 3.4 kali ganda capaian gabungan stesen radio Cina lain di Singapura.
YES 933 khususnya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor satu Singapura bagi tiga tahun berturut-turut dengan 902,000 pendengar, atau satu daripada setiap empat pendengar berbahasa Cina.
Melalui semua platformnya, Mediacorp berhasil menjangkau 98.1 peratus pendengar Melayu dan 97.5 peratus pendengar India berusia 15 tahun ke atas.
WARNA 942 khususnya mencatat jumlah pendengar tertinggi setakat ini – menjangkau 88.1 peratus pendengar Melayu – dan kekal sebagai stesen radio paling mendapat pelibatan pendengar di Singapura, dengan pendengar mengikuti siarannya selama 13.2 jam setiap minggu.
Dalam kalangan pendengar Melayu yang lebih muda, RIA 897 hampir menggandakan jumlah pendengar milenial sepanjang tempoh setahun lalu, dengan masa mendengar meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) tiga tahun sebanyak 10.2 peratus.
MELANGKAUI CORONG RADIO
Selain radio, jenama audio Mediacorp juga kini turut beroperasi merentasi siaran, penstriman dan media sosial, dengan angka prestasi digital serta media sosial berdasarkan data dalaman Mediacorp dan analitik platform.
Dari aspek penstriman, sembilan daripada 10 pendengar audio digital di Singapura mengikuti stesen Mediacorp, manakala melisten mencatat purata 1.89 juta muat turun podcast setiap bulan dari Mac hingga April 2026. Bagi media sosial pula, jenama-jenama tersebut meraih lebih 300 juta tontonan video sosial dalam tempoh yang sama.
"Hakikatnya, radio adalah mengenai persahabatan – suara yang dikenali ramai yang memberikan maklumat, hiburan dan berinteraksi dengan pendengar sepanjang hari. Apa yang berubah adalah sejauh mana persahabatan itu dapat diperluas," kata Ketua Pegawai Pelanggan dan Pembangunan Korporat Mediacorp, Angeline Poh.
"Merentasi radio, vidcast, video pendek dan juga drama mikro, personaliti kami terus memperkukuh hubungan yang telah dibina bersama pendengar, memperluaskan keakraban audio harian ke platform baharu. Dan di mana sahaja penonton berada selepas ini, mereka boleh bergantung pada kami untuk terus mendampingi dan bersama mereka."

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.