Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah pemilik flat baru naik pada 2021, 50% lebih tinggi berbanding 2020

Lebih ramai orang mendapat kunci flat baru mereka tahun lalu berbanding tempoh sebelum pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih ramai orang mendapat kunci flat baru mereka tahun lalu berbanding tempoh sebelum pandemik COVID-19.

Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) menyatakan ia hasil daripada pelaksanaan langkah-langkah yang dapat mengurangkan gangguan terhadap kerja-kerja membina flat.

HDB juga akan melancarkan 23,000 flat baru pada tahun ini dan tahun 2023.

Kebanyakan daripada 17 projek BTO yang siap dibina tahun lalu mengalami kelengahan sehingga 11 bulan.

Namun begitu, masa menunggu secara purata selama 4.3 tahun, sama dengan flat-flat BTO yang dilancarkan dua tahun sebelum ini iaitu antara tiga hingga lima tahun.

Buat masa ini, 90 projek BTO sedang dijalankan dan masa menunggu untuk mendapatkan kunci flat-flat itu adalah sekitar dua hingga enam tahun.

HDB menyatakan sesetengah projek itu mengambil masa lebih lama untuk siap kerana keadaan tapak binaan yang mencabar atau ketinggian bangunan.

Tahun lalu, para pembeli 14,500 flat baru mendapat kunci mereka iaitu 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2020.

Menurut HDB, beberapa langkah dilaksanakan tahun lalu bagi membantu para kontraktor mengutamakan bidang-bidang kerja di tengah-tengah pandemik.

Ia termasuk sokongan untuk mendapatkan tenaga kerja dan bahan-bahan binaan dalam keadaan kos yang meningkat.

Untuk tahun ini dan tahun depan pula HDB akan melancarkan penjualan 23,000 flat setahun, iaitu 35 peratus lebih banyak daripada tahun lalu.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan