Skip to main content

Singapura

Jumlah pemberhentian pekerja merosot; namun rentak pengambilan pekerja meningkat pada suku ketiga

Pasaran pengambilan pekerja Singapura menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada suku ketiga, dengan jumlah pemberhentian pekerja berkurangan dan rentak pengambilan pekerja kian meningkat. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2018 01:31PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 10:00PM

SINGAPURA: Pasaran pengambilan pekerja Singapura menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada suku ketiga, dengan jumlah pemberhentian pekerja berkurangan dan rentak pengambilan pekerja kian meningkat. Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (26 Okt).

Berdasarkan data awal, 2,500 pekerja diberhentikan kerja sepanjang tempoh tersebut. Jumlah itu bagaimanapun lebih rendah berbanding 3,030 pekerja yang kehilangan pekerjaan pada suku sebelumnya dan 3,400 dalam tempoh yang sama setahun lalu, menurut kementerian itu dalam laporan pasaran buruhnya.

Sekitar 60 peratus pemberhentian pekerja adalah daripada sektor perkhimatan, 32 peratus dari pengilangan dan baki 8 peratus daripada sektor binaan.

Secara keseluruhannya pertumbuhan pekerjaan meningkat kepada 15,200 pekerjaan (tidak termasuk para pembantu rumah asing) pada suku ketiga, berbanding sekitar 6,500 bagi tempoh April hingga Jun.

Sektor pengilangan turut mencatat pertumbuhan buat kali pertama setelah mengalami kemerosotan selama 15 suku berturut-turut. Pekerjaan dalam sektor binaan terus merosot, meskipun rentaknya lebih perlahan pada suku ketiga.

Berdasarkan penyesuaian musiman, kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dan penduduk masing-masing kekal tidak berubah pada 3 peratus dan 2.9 peratus. Secara keseluruhannya, kadar pengangguran naik sedikit dari 2 peratus kepada 2.1 peratus.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita