Skip to main content

Singapura

Jumlah pelawat dari India adalah ketiga tertinggi bagi SG

Para pelawat dari India membentuk jumlah pelancong ketiga tertinggi bagi Singapura pada lima bulan pertama tahun ini, bahkan mendahului Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah pelawat dari India adalah ketiga tertinggi bagi SG

Para pelancong melalui dewan transit di Lapangan Terbang Changi pada 13 Mei 2023. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Para pelawat dari India membentuk jumlah pelancong ketiga tertinggi bagi Singapura pada lima bulan pertama tahun ini, bahkan mendahului Australia.

Terdapat lebih 530,000 pelawat dari India ke Singapura, iaitu kenaikan 5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

China dan Indonesia pula menyumbang kepada jumlah pelawat tertinggi dan kedua tertinggi.

Secara keseluruhannya, terdapat 7.1 juta ketibaan pelancong, iaitu kenaikan 2 peratus berbanding lima bulan pertama tahun lalu.

Bagi unjuran perjalanan pelawat India ke luar negara, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan ia dijangkakan bertambah disebabkan oleh ketersambungan udara yang lebih baik dan ekonomi India yang menggalakkan perbelanjaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita