Jumlah pelawat China dijangka melonjak susulan perjanjian pengecualian visa dengan SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Agensi-agensi pelancongan menjangkakan kenaikan permintaan daripada pelancong China, berikutan pengumuman perjanjian pengecualian visa 30 hari dengan Singapura, yang akan membantu negara ini bersaing dengan negara-negara jiran Asia Tenggara.
Pengarah pembangunan perniagaan Hong Thai Travel Jasmine Li berkata, tempahan daripada pelancong China adalah pada purata 60 peratus berbanding paras sebelum pandemik.
Pada musim puncak antara Julai dengan Ogos, agensi pelancongan tersebut menyaksikan tempahan kembali kepada 85 peratus pada paras sebelum pandemik. Jumlah itu turun kepada kira-kira 30 peratus pada November, katanya.
Perjanjian pengecualian visa itu akan meningkatkan jumlah pelancong individu dan kumpulan keluarga kecil, dan agensi pelancongan tersebut menjangkakan peningkatan 10 peratus dari segi tempahan, kata Cik Li.
Menurut angka daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB), ketibaan pelancong ke Singapura dari China naik semula ke paras sebelum pandemik. Pada Julai, jumlah pelawat dari China melepasi paras 200,000 buat kali pertama sejak Januari 2020.
Pengarah Urusan Oriental Travel, Stanley Foo, memberitahu Mediacorp bahawa agensi itu terjejas teruk disebabkan jumlah pelancong China yang berkurangan. Ia menyaksikan penurunan 50 peratus pada tempahan daripada pelancong China, berbanding sebelum pandemik COVID-19.
Kumpulan tersebut pernah terdiri daripada kira-kira 30 hingga 40 peratus tempahan agensi pelancongan itu, namun jumlah tersebut kini kurang daripada 10 peratus, tambahnya.
Sejam selepas pengumuman perjanjian pengecualian visa itu, platform tempahan pelancongan online, Trip.com, menyaksikan lonjakan 80 peratus pada jumlah pencarian tawaran di Singapura, kata Cik Ru Yi, pengurus utama syarikat itu bagi Singapura.
Pencarian tiket penerbangan dan hotel juga masing-masing meningkat sebanyak 90 peratus dan 50 peratus, tambahnya.
Cik Yi berkata bahawa dari Januari hingga Oktober, 1.13 juta pelancong China tiba di Singapura, sekali gus menjadikan China sumber pelawat kedua terbesar ke Singapura.
Agensi pelancongan dan pakar industri merujuk kepada beberapa faktor mengapa jumlah pelancong masih belum pulih sepenuhnya.
Malaysia dan Thailand juga baru-baru ini memberikan pelancong China akses bebas visa, dan perjanjian baharu tersebut akan menjadikan Singapura lebih berdaya saing dalam bidang pelancongan, kata pensyarah kanan pelancongan di Politeknik Ngee Ann, Michael Chiam.
Encik Foo menarik perhatian kepada persaingan sengit daripada negara jiran Singapura, dan berkata bahawa jumlah perbelanjaan untuk menetap satu malam di Singapura bersamaan dengan tiga malam di Malaysia atau Thailand.
China merupakan pasaran penting untuk Singapore Airlines (SIA) Group, yang terdiri daripada Singapore Airlines dan Scoot, kata jurucakapnya.
Setakat Disember, SIA Group menawarkan 23 destinasi di China, berbanding 25 destinasi sebelum pendemik, tambah jurucakap tersebut.
Terdapat 150 penerbangan ulang alik ke China setiap minggu, di mana Singapore Airlines mengendalikan 70 penerbangan manakala Scoot mengendalikan 80 penerbangan.
Ia merupakan peningkatan secara keseluruhan daripada kira-kira 132 penerbangan pada Julai, di mana kedua-dua syarikat penerbangan masing-masing mengendalikan 49 dan 83 penerbangan.
Presiden Persatuan Hotel Singapura Kenneth Li, berkata ia adalah "terlalu awal untuk membuat spekulasi" mengenai kesan perjanjian pengecualian visa itu.
Namun hotel di Singapura boleh berharap untuk menerima lebih ramai pelawat dari China, sebaik sahaja proses permohonan visa dan masa perancangan dibatalkan, tambahnya.
Penyelidikan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tentang pelancongan China pada 2023 menunjukkan bahawa pelancong negara tersebut cenderung untuk melakukan pelancongan balas dendam, dengan "semangat membara" untuk ke luar negara, kata Profesor Madya Deng Xin, dari sekolah perniagaan universiti itu.
Perjanjian pengecualian visa itu akan menghapuskan kerumitan permohonan visa, tambahnya.
"Saya menjangkakan bahawa jumlah tersebut akhirnya akan mencapai atau melepasi paras sebelum pandemik, walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.