Jumlah pelancong SG ke Sabah naik 20.5% dari Jan-Mei 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Pelancaran Experience Sabah 2.0 di Marina Square pada 14 Ogos 2026. (Gambar: BERNAMA)
- Sabah mencatat peningkatan 20.5 peratus pelancong Singapura dalam lima bulan pertama tahun ini, menurut Ewon Benedick.
- Peningkatan ini hasil usaha promosi berterusan oleh STTOS dan rakan pelancongan di Singapura.
- Acara Experience Sabah 2.0 dilancarkan di Marina Square pada 14 Ogos, berlangsung selama tiga hari bermula 16 Ogos.
- Acara ini mempamerkan perniagaan, produk tempatan dan peluang kepada pencipta Sabah untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya Singapura.
SINGAPURA: Sabah mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 20.5 peratus bagi ketibaan pelancong Singapura dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurut Timbalan Ketua Menteri III Sabah Ewon Benedick.
Beliau berkata seramai 12,544 pelancong Singapura melawat Sabah dari Januari hingga Mei tahun ini, mencerminkan momentum positif serta keberkesanan usaha promosi kolaboratif dalam memikat pengunjung dari negara ini.
"Hubungan kami dengan Singapura terus kukuh dari tahun ke tahun, dan ini digambarkan dengan jelas menerusi angka pelancongan kita.
"Hasil usaha berterusan oleh Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sabah di Singapura (STTOS) serta rakan pelancongan kami dalam mempromosi dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Singapura, kami dapat melihat pertumbuhan yang memberangsangkan," katanya di pelancaran Experience Sabah 2.0 di Marina Square pada Sabtu (14 Ogos).
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Anizan Siti Hajjar Adnin.
Cik Anizan Siti Hajjar menegaskan bahawa usaha berterusan STTOS memainkan peranan penting dalam mengetengahkan masyarakat perniagaan Sabah yang dinamik ke pasaran antarabangsa, terutamanya ke negara jiran seperti Singapura.
"Platform seperti ini memberi peluang kepada pencipta tempatan, artisan dan perniagaan, suatu pentas kecil yang menonjol untuk berkongsi kisah unik serta produk luar biasa mereka bersama penduduk dan pengunjung di Singapura," katanya.
Bertemakan "Explore. Connect. Thrive.", acara selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad (16 Ogos) menampilkan pelbagai perniagaan daripada ekosistem Sabah yang rencam, merangkumi sektor makanan dan minuman (F&B), peruncitan, gaya hidup, pertanian, kesejahteraan serta pelancongan.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.