Jumlah pelancong bulanan ke SG cecah lebih 1 juta pada Mac; pertama kalinya sejak pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pelancong yang tiba di Singapura terus bertambah. Lebih sejuta pelawat berkunjung ke Singapura pada Mac, sekali gus menandakan jumlah bulanan tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda.
Bagi menarik lebih ramai pelawat dari luar negara untuk berkunjung ke Singapura, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang Singapura dalam kalangan pelancong di seluruh dunia.
Satu dana bernilai S$10 juta disediakan bagi memaparkan Singapura di lebih banyak skrin di merata dunia.
STB akan mengundang studio-studio penerbitan dan syarikat penstriman utama untuk mengemukakan permohonan bagi menghasilkan kandungan yang menunjukkan pelbagai daya tarikan serta pengalaman yang ditawarkan di Singapura.
Selain itu, Singapura juga menyokong langkah mengadakan piawai kemampanan global bagi sektor pelancongan.
Ia sedang mengusahakan piawai untuk menentukan pilihan lebih hijau dalam sektor-sektor persidangan dan daya tarikan.
Ini memandangkan lebih banyak pelancong perniagaan dan riadah lebih cenderung kepada pilihan sedemikian.
Baru-baru ini, Singapura mendapat pentauliahan sebagai destinasi mampan oleh sebuah majlis global.

Sumber : CNA/MU/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.