Jumlah pekerjaan SG berkembang pada suku ketiga, mengatasi suku sebelumnya
Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya di Singapura meningkat lebih pantas pada suku ketiga 2025 berbanding suku sebelumnya, bertentangan dengan unjuran awal yang menjangkakan pertumbuhan lebih perlahan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (30 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Edgar Su/Reuters)
SINGAPURA: Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya di Singapura meningkat lebih pantas pada suku ketiga 2025 berbanding suku sebelumnya, bertentangan dengan unjuran awal yang menjangkakan pertumbuhan lebih perlahan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (30 Okt).
Kadar pengangguran dan pemberhentian kerja kekal rendah dan stabil, menurut MOM dalam laporan awal suku tahunan pasaran buruh Singapura.
Jumlah pekerjaan secara keseluruhan meningkat sebanyak 24,800 pada suku ketiga 2025, lebih tinggi berbanding kenaikan sebanyak 10,400 pada suku kedua dan 22,300 pada suku ketiga tahun lalu.
Peningkatan ini disokong oleh pertumbuhan pekerjaan dalam kalangan penduduk pemastautin dan bukan pemastautin.
Menurut unjuran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang diterbitkan pada awal bulan ini, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 2.9 peratus pada suku ketiga 2025, lebih sederhana berbanding 4.5 peratus yang dicatatkan dalam suku sebelumnya.
MOM menyatakan pada Khamis bahawa pertumbuhan pekerjaan rakyat dan penduduk tetap bercampur-campur dalam semua sektor, dengan tumpuan kepada bidang seperti khidmat kewangan serta khidmat kesihatan dan sosial. Namun, ia lebih rendah dalam sektor yang mengutamakan eksport seperti maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan profesional.
Perdagangan borong mencatat kemerosotan ketara dalam pengambilan pekerja pemastautin.
Pengambilan pekerja bukan pemastautin juga menguncup dalam ketiga-tiga sektor yang mengutamakan eksport.
Pertumbahan pekerjaan bagi bukan pemastautin disumbang oleh pemegang permit kerja dalam sektor binaan dan pengeluaran, manakala sektor-sektor lain pula kekal agak perlahan.
Kadar pengangguran kekal rendah pada 2 peratus secara keseluruhan pada September 2025, serupa dengan suku sebelumnya dan dalam julat bukan kemelesetan.
Kadar pengangguran bagi rakyat dan penduduk tetap kekal pada 2.8 peratus manakala pengangguran bagi rakyat sahaja adalah 3 peratus.
Jumlah pemberhentian kerja adalah 3,500 - atau 1.4 pekerja diberhentikan bagi setiap 1,000 pekerja - pada suku ketiga 2025, serupa dengan 3,540 dalam suku sebelumnya.
"Sebahagian besar pemberhentian kerja masih berlaku disebabkan oleh penyusunan semula atau rombakan struktur perniagaan," menurut MOM.
PROSPEK PASARAN BURUH
Memandang ke hadapan, pertumbuhan pekerjaan dijangka terus positif tetapi tidak sekata merentasi kesemua sektor, manakala pertumbuhan gaji dijangka lebih sederhana.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan jangkaan pengambilan pekerja bagi suku keempat 2025 meningkat sedikit kepada 44.1 peratus berbanding 43.7 peratus pada suku kedua, menunjukkan peningkatan sederhana dalam sentimen pengambilan pekerja.
Walaubagaimanapun, jangkaan tersebut berbeza-beza merentasi sektor dengan industri yang mengutamakan eksport melaporkan sentimen lebih lemah.
Kadar firma yang merancang untuk menaikkan gaji juga merosot kepada 19.3 peratus daripada 22.4 peratus dalam suku kedua, dengan kemerosotan merentasi kebanyakan sektor.
MOM memberi amaran, sesetengah sektor yang mengutamakan eksport juga mungkin mencatatkan peningkatan dalam jumlah pemberhentian kerja.
"Trend ini membayangkan walaupun pertumbuhan pekerjaan secara menyeluruh dijangka berterusan, pertumbuhan gaji mungkin lebih sederhana disebabkan tekanan kos dan pertumbuhan pengambilan pekerja pemastautin mungkin lebih perlahan berbanding bukan pemastautin, memandangkan kadar penyertaan tenaga buruh pemastautin sudah agak tinggi," menurut MOM.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.