Skip to main content

Singapura

Jumlah orang maut dalam nahas jalan raya naik 29% pada 2021: SPF

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah orang maut dalam nahas jalan raya naik 29% pada 2021: SPF

Gambar fail trafik di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2022 05:44PM

SINGAPURA: Lebih ramai orang maut di jalan-jalan raya Singapura tahun lalu sedang jumlah kemalangan trafik melonjak seiring dengan penyambungan semula lebih banyak kegiatan.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Seramai 107 orang maut dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, naik 28.9 peratus daripada 83 orang pada 2020.

Jumlah kemalangan maut meningkat sebanyak 25 peratus kepada 100 kes pada 2021 daripada 80 kes pada 2020.

Meskipun jumlah kes semakin meningkat, kes kemalangan maut dan kematian dilaporkan masih lebih rendah berbanding tempoh sebelum pandemik, menurut SPF dalam laporan tahunan situasi jalan raya bagi tahun 2021.

Kadar kematian dalam kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk meningkat kepada 1.96 pada 2021 daripada 1.46 pada 2020.

Jumlah orang yang cedera di jalan raya juga meningkat tahun lalu. Seramai 7,184 orang cedera dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, jumlah itu meningkat 7.7 peratus daripada 6,669 orang pada tahun sebelumnya.

Pada masa yang sama, jumlah kemalangan yang mengakibatkan kecederaan meningkat kepada 5,909 kes pada 2021 daripada 5,476 kes pada 2020.

"Para penunggang motosikal dan pejalan kaki warga tua terus menyumbang kepada jumlah tidak seimbang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan atau kematian," menurut SPF.

Penunggang motosikal dan pembonceng membentuk 57.1 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya dan 46.7 peratus daripada kematian trafik pada 2021.

Kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki warga emas menyumbang lebih 65 peratus kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki pada 2021.

PEJALAN KAKI WARGA EMAS DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

Menurut SPF, secara keseluruhannya terdapat lebih rendah kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kaki warga tua tahun lalu, dengan 202 kes sedemikian pada 2021 berbanding 234 kes pada 2020.

Begitu jugam kurang pejalan kaki warga tua yang cedera dalam kemalangan jalan raya pada tahun lalu - iaitu 189 pada 2021 dari 2022 pada tahun sebelumnya.

Sekalipun demikian, 15 warga emas maut dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, sama dengan jumlah pada tahun sebelumnya, menurut SPF.

Melintas jalan raya secara sembarangan atau 'jaywalk' menyumbang kira-kira separuh daripada kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki warga emas, tambah polis.

Terdapat 3,433 kemalangan membabitkan penunggang motosikal tahun lalu, naik daripada 3,180 pada 2020.

Secara keseluruhannya, seramai 3,659 penunggang dan pembonceng motosikal cedera tahun lalu, manakala 50 lagi maut.

KEMALANGAN MELIBATKAN PEMANDU MABUK MENINGKAT

Meskipun terdapat lebih banyak kemalangan melibatkan pemandu mabuk pada tahun lalu - iaitu 153 kes berbanding 146 kes pada tahun sebelumnya - jumlah kes yang membawa maut merosot kepada lapan kes tahun lalu berbanding 13 kes pada 2020.

KESALAHAN LANGGAR LAMPU MERAH DAN MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU

Jumlah pemandu yang melanggar lampu merah turun 13.3 peratus kepada 44,607 kes pada 2021 berbanding 51,459 kes pada tahun sebelumnya.

Namun, ini tidak menyebabkan pengurangan kes pemandu yang melanggar lampu merah, dengan 132 kes pada 2021 berbanding 119 kes pada 2020.

Jumlah pemandu yang memandu melebihi had laju jatuh 15 peratus kepada 139,277 kes pada 2021, jumlah kemalangan berkaitan memandu melebihi had laju meningkat 28 peratus kepada 969 kes tahun lalu.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita