Jumlah ladang di SG kekal mantap di sebalik iklim perniagaan makin sukar: MSE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah ladang di Singapura kekal mantap walaupun ada sebahagian yang tutup dalam tempoh beberapa bulan lalu.
Demikian menurut kemas kini Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE)
mengenai usaha negara ke arah jaminan bekalan makanan.
Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Koh Poh Koon memberitahu Parlimen pada Rabu (7 Ogos) kementeriannya tahu bahawa iklim perniagaan yang semakin sukar sekarang kerana inflasi, pandemik dan harga tenaga yang lebih tinggi, telah menyebabkan beberapa ladang terpaksa berhenti beroperasi.
Sungguhpun begitu, beberapa ladang pula merancang meluaskan operasi di samping penyertaan pendatang baharu dalam sektor pertanian-makanan, kata beliau.
"Walaupun terdapat beberapa ladang yang tutup, kami juga melihat pemain sedia ada ingin mengembangkan operasi mereka, serta pendatang baharu memasuki sektor pertanian makanan," kata Encik Koh.
"Jadi secara keseluruhannya, jumlah ladang di darat dan laut Singapura kekal stabil sebanyak kira-kira 250 sejak 2019."
Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Radin Mas, Melvin Yong bertanya tentang kadar pengambilan Dana Transformasi Kelompok Makanan Pertanian (ACT).
Dana bernilai S$60 juta itu bertujuan untuk menyokong ladang tempatan untuk mencapai matlamat jaminan bekalan makanan negara.
Beberapa lagi soalan termasuk apa lagi yang boleh dilakukan untuk membawa masuk teknologi yang akan membantu ladang di sini berjaya.
Menjawab, Encik Koh berkata: "Sehingga 30 April tahun ini, Penguasa Makanan Singapura (SFA) telah mengagihkan S$25.7 juta kepada 42 syarikat bagi 68 tahun projek.
"Jadi masih ada lagi dana untuk syarikat yang ingin memanfaatkan ACT bagi mengembangkan perniagaan mereka, mendapatkan teknologi dan menggunakannya untuk tujuan kecekapan tenaga juga.
"Dana ACT juga mempunyai komponen penggunaan teknologi yang membolehkan dana untuk benar-benar memanfaatkan teknologi."

Sumber : CNA/MU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.