Jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong meningkat 3 tahun berturut-turut
Jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong di Singapura meningkat buat tiga tahun berturut-turut, dengan ramalan awal Lembaga Pelancongan Singapura STB menunjukkan peningkatan hasil sektor pelancongan sebanyak satu peratus.

SINGAPURA: Jumlah ketibaan dan perbelanjaan pelancong di Singapura meningkat buat tiga tahun berturut-turut, dengan ramalan awal Lembaga Pelancongan Singapura STB menunjukkan peningkatan hasil sektor pelancongan sebanyak satu peratus.
Jumlah pelancong yang melawat Singapura meningkat 6.2 peratus melebihi ramalan.
Industri pelayaran menyaksikan pertumbuhan paling kukuh, dengan jumlah penumpang melonjak 35 peratus.
Meskipun perbelanjaan beli-belah, penginapan, serta makanan dan minuman (F&B) merosot, sektor lain seperti lawatan ke tempat tumpuan pelancong dan hiburan, menyaksikan kenaikan 6 peratus dipacu oleh pertumbuhan jumlah pelawat.
China, Indonesia dan India terus membentuk jumlah terbesar pelancong dengan pertumbuhan yang mantap dicatatkan dalam sektor Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran atau MICE.
Secara putara, kadar tempahan penginapan kekal pada 86 peratus dengan hasil keuntungan bagi setiap bilik meningkat buat pertama kali sejak 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.