Jumlah kes pernafasan ditangani klinik SG naik hingga 25% di tengah keadaan jerebu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Doktor keluarga (GP) di seluruh Singapura melaporkan peningkatan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan bagi gejala pernafasan apabila keadaan berjerebu terus menjejas negara ini.
Klinik di kawasan tengah, utara dan timur mencatat peningkatan ketara pesakit yang datang tanpa janji temu sejak beberapa hari lalu, dengan aduan seperti batuk berpanjangan, kesukaran untuk bernafas dan kerengsaan tekak (throat irritation).
Peningkatan ini berlaku sedang keadaan kering berpanjangan melanda Singapura serta rantau ini.
Pada Isnin (9 Feb), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan di Facebook bahawa asap daripada satu titik panas di timur Johor dikesan bergerak ke arah Singapura.
Setakat pukul 6.00 petang, Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 50 hingga 62 - dalam julat baik hingga sederhana.
Menjelang pukul 7.00 malam, bacaan menurun sedikit kepada antara 49 hingga 61, dengan kawasan tengah paling terjejas, disusuli dengan bahagian utara dan timur.
Keadaan kering ini dijangka berterusan pada Selasa, menurut NEA.
Penduduk di seluruh Singapura juga melaporkan bau hangit sejak akhir Januari.
NEA sebelum ini mengaitkan paras PM2.5 yang 'naik sedikit' di kawasan timur dengan titik panas dan kepulan asap dari Johor, sambil menambah bahawa kebakaran tumbuh-tumbuhan menyebabkan titik panas di bahagian utara Singapura.
PENINGKATAN JUMLAH PESAKIT
Dr Joel Lim, seorang doktor di Kingsway Medical Clinic yang mempunyai cawangan di Beauty World Plaza, Braddell dan Sengkang, berkata peningkatan sebanyak 10 hingga 20 peratus pesakit sejak beberapa hari kebelakangan ini, selaras dengan kenaikan paras PSI.
“Peningkatan ini biasanya berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas tempoh berterusan mutu udara yang lebih buruk,” katanya, sambil menambah bahawa musim jerebu sering mencetuskan lebih banyak lawatan ke doktor bagi kerengsaan tekak, batuk dan serangan asma.
Dr Chong Soon Thye, seorang doktor keluarga di cawangan Zhongshan Mall Livewell Medical Family Clinic, menganggarkan peningkatan 15 hingga 25 peratus kes pernafasan.
Dr Ronald Xu dari Procare GP Clinic di Ang Mo Kio dan seorang doktor bernama Chan yang mengendalikan klinik di timur Singapura turut melaporkan trend yang sama.
Namun, sesetengah doktor tidak mengaitkan semua kes secara langsung dengan jerebu.
Dr Xu dan Dr Chong berkata simptom yang dialami menyerupai selesema biasa, manakala jurucakap Fullerton Health Singapore menyatakan bahawa keadaan seperti rinitis alahan (allergic rhinitis) boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor persekitaran dan peribadi.
“Tidak mungkin untuk mengaitkan simptom ini secara klinikal secara langsung kepada pendedahan jerebu,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa klinik Fullerton Health tidak menyaksikan peningkatan ketara dalam kes rinitis alahan atau sakit mata atau konjunktivitis.
Namun, doktor seperti Dr Lim dan Dr Chan berkata simptom yang mereka perhatikan berkemungkinan berkaitan dengan jerebu, dengan menyatakan bahawa kebanyakan pesakit tidak mengalami demam atau sakit badan yang biasanya dikaitkan dengan jangkitan virus.
Semasa menilai pesakit, Dr Lim berkata beliau melihat bacaan mutu udara terkini, masa simptom itu bermula semasa tempoh berjerebu dan sama ada keadaan bertambah baik apabila berada di dalam bangunan berhawa dingin.
Beliau juga memeriksa pendedahan kepada individu-individu yang dijangkiti bagi menolak punca lain.
Pesakit dari semua peringkat usia terjejas, namun mereka yang mempunyai penyakit pernafasan sedia ada seperti asma kelihatan lebih mudah terjejas, sering mengalami semput atau sesak nafas yang semakin teruk.
Golongan dewasa bekerja, khususnya mereka yang menghabiskan tempoh masa yang panjang di luar, juga mendapatkan rawatan bagi masalah yang sama.
LANGKAH BERJAGA-JAGA DAN NASIHAT
Kebanyakan kes adalah ringan dan boleh dirawat di klinik penjagaan utama, menurut doktor.
Namun, mereka memberi amaran bahawa pesakit yang jelas mengalami sesak nafas, penurunan paras oksigen, serangan asma teruk atau sesak dada yang tidak memberi respons terhadap alat penghela asma mungkin memerlukan rawatan hospital.
Doktor menasihatkan orang ramai supaya memantau bacaan PSI dan mengehadkan aktiviti luar apabila mutu udara merosot.
Memakai pelitup muka - termasuk pelitup N95 jika perlu - menggunakan penapis udara di dalam rumah dan memastikan pengambilan air mencukupi boleh membantu mengurangkan kesan jerebu.
Mereka yang menghidap asma harus sentiasa membawa alat penghela.
Warga emas serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru atau jantung kronik perlu berada di persekitaran dengan aliran udara yang baik, memantau simptom yang semakin teruk dan memastikan ubat diambil seperti yang ditetapkan.
Sesiapa yang mengalami sesak nafas berterusan, sakit dada, pening, pengsan atau simptom yang tidak bertambah baik selepas beberapa hari perlu mendapatkan rawatan perubatan.
“Penilaian awal amat penting terutamanya bagi kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada,” kata Dr Lim dari Kingsway Medical Clinic.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.