Jumlah kes kecederaan sederhana hingga teruk naik 11% dari 2022-2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kes akibat kecederaan sederhana hingga teruk naik 11 peratus dari 2022 hingga 2024.
Satu daripada setiap lima kes kecederaan teruk malangnya meninggal dunia.
Demikian menurut data terkini Pejabat Pendaftaran Trauma Nasional, yang mengumpul maklumat dari semua 10 hospital besar awam.
Jadi, bagaimana insiden yang menyebabkan sebahagian kes trauma itu boleh dicegah?
Pada 2024, sekitar 244 kes kecederaan sederhana hingga teruk dicatatkan bagi setiap 100,000 orang - meningkat daripada 225 kes pada 2022.
Kes-kes tersebut memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan, malah juga pemulihan yang menyeluruh.
Dalam kalangan orang dewasa, hampir 80 peratus kes adalah akibat terjatuh.
Warga emas berusia antara 75 hingga 84 tahun membentuk lebih sepertiga daripada kes sedemikian, dengan ramai daripada mereka terjatuh di rumah.
Selain insiden terjatuh, satu lagi punca kecederaan yang paling lazim berlaku adalah kemalangan kenderaan - naik 13.4 peratus antara 2022 hingga 2024.
Kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal dan mereka yang tidak menggunakan tali pinggang keledar.
Pengarah Pusat Trauma Universiti Nasional (NUH) Raj Menon berkata: "Apabila anda terlibat dalam kemalangan kelajuan tinggi dan anda tercampak, sejumlah besar tenaga dialihkan kepada badan kita yang agak halus. Tulang patah. Otot, tisu lembut dan organ kita cedera teruk, dan boleh mengalami pendarahan teruk. Dengan menggunakan tali pinggang keledar, ia mengurangkan pergerakan itu. Ia mengikat anda pada rangka kereta anda dan mencegah anda daripada tercampak. Itu benar-benar membuat perbezaan ketara."
Insiden terjatuh dan kemalangan melibatkan kenderaan juga merupakan dua punca utama kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.
Bagi kes kemalangan melibatkan kenderaan, 80 peratus kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah yang cedera didapati tidak menggunakan tempat duduk kereta khas bagi kanak-kanak.
Ini walaupun para doktor berkata menggunakan tempat duduk kereta khas bagi kanak-kanak boleh mengurangkan risiko kecederaan dan kematian sehingga sebanyak 80 peratus.
Insiden lemas merupakan satu lagi punca utama kecederaan.
Hampir dua daripada setiap tiga kes berlaku di kolam renang privet, dengan separuh daripadanya melibatkan kanak-kanak berusia antara dua hingga lima tahun.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.