Jumlah kes intai melonjak di kompleks sukan, renang; bilangan jenayah fizikal naik 4.1% pada separuh pertama 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kes penyakit intai atau voyeurisme di kompleks sukan dan renang meningkat pada separuh pertama tahun ini.
Ia naik kepada 11 kes daripada hanya satu kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (23 Ogos), lonjakan itu sebahagian daripada kenaikan 4.1 peratus dalam bilangan jenayah fizikal yang dilaporkan pada separuh pertama tahun ini, di mana ia meningkat daripada 9,704 kepada 10,106 kes.
Menurut polis, antara jenayah yang membimbangkan termasuk kes mencuri di kedai dan rumah, cabul kehormatan dan penyakit intai.
"Meskipun jumlah jenayah fizikal meningkat pada separuh pertama tahun ini, situasi jenayah di Singapura masih terkawal. Sekalipun persekitaran kami selamat, adalah penting bagi orang ramai supaya tidak leka," pesan Penolong Pesuruhjaya Kanan Gregory Tan, yang juga merupakan pengarah jabatan operasi SPF.
KES CABUL KEHORMATAN BERTAMBAH
Pada separuh pertama tahun ini, premis kediaman, kompleks beli-belah dan rangkaian pengangkutan awam melaporkan jumlah tertinggi bagi kes penyakit intai dan cabul kehormatan.
Kes penyakit intai membentuk 2.5 peratus daripada kes jenayah fizikal dengan sebanyak 257 kes dicatat, naik daripada 229 pada tempoh yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 708 kes cabul kehormatan dilaporkan, berbanding 697 yang dicatat tahun lalu, sekali gus membentuk 7 peratus jumlah keseluruhan kes jenayah fizikal. Identiti pesalah tersebut diketahui oleh mangsa dalam kebanyakan kes itu.
"SPF telah bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam dan rakan kongsi, termasuk Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan NCPC (Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan), untuk memaparkan makluman jenayah dengan jelas di sekitar rangkaian pengangkutan awam tersebut," jelas pihak polis.
CCTV DITANGKAP UNTUK TANGKAP PENCURI BARANG KEDAI
Kes curi barang di kedai membentuk 20.1 peratus daripada jumlah keseluruhan jenayah, sekali gus membentuk bilangan kes yang paling banyak dilaporkan.
Ia melonjak daripada 1,849 kepada 2,027 kes, dan kekal sebagai kesalahan paling kerap dilakukan para belia yang diberkas pada separuh pertama tahun ini, jelas polis.
Superintenden Rudy Dzulkarnaen, penolong pengarah divisyen kawalan jenayah SPF, mengingatkan pesalah bahawa hukuman bagi jenayah curi barang di kedai adalah berat.
"Meskipun mereka mungkin tidak ditangkap apabila melakukannya, mereka akan akhirnya diberkas dengan adanya sebilangan besar CCTV (rakaman litar tertutup televisyen) di cawangan runcit itu," katanya.
Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.