Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kes denggi naik mendadak di S'pura, perlu usaha bersama masyarakat tangani lonjakan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah kes denggi di Singapura  meningkat secara mendadak, dengan 264 kes dilaporkan pada minggu pertama berakhir 5 Mac. 

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (10 Mac). 

Jumlah itu merupakan pertambahan 65 kes berbanding minggu sebelumnya.

Jumlah kes denggi di Singapura semakin meningkat sejak lapan minggu kebelakangan ini, dengan lebih 1,500 kes dilaporkan pada 2022 setakat ini. 

"Salah satu punca dan keprihatinan utama adalah bilangan tinggi nyamuk aegypti Aedes dikesan dalam masyarakat, yang naik sebanyak sekitar 9 peratus pada Januari 2022, berbanding tempoh yang sama tahun lalu," menurut NEA dalam satu kenyataan media. 

"Jika dibiarkan, bilangan nyamuk aegypti Aedes yang tinggi, bersama dengan penularan virus jenis serotaip 3 (DENV-3) yang dulu jarang dilihat serta jumlah besar individu yang bekerja dan tidak meninggalkan rumah, mungkin menyumbang kepada lonjakan kes denggi buat beberapa bulan akan datang. 

"Oleh itu, NEA menggesa orang ramai dan pihak-pihak kepentingan lain supaya terus berhati-hati dan tidak leka, kerana denggi kekal satu ancaman kesihatan awam yang serius." 

NEA menyatakan  "usaha bersama masyarakat kian mendesak untuk mengurangkan dengan banyak tempat-tempat pembiakan nyamuk" dan mengekang peningkatan kes. 

Agensi itu turut menggesa penduduk dan pengendali premis untuk kerap memeriksa laman webnya dan untuk menggunakan aplikasi myENC agar mereka dapat dimaklumkan tentang kawasan yang mempunyai jumlah nyamuk aegypti Aedes yang tinggi. 

"Penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan ini dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah untuk mencegah pembiakan nyamuk, termasuk melakukan 'Mozzie Wipeout' sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membuang air yang bertakung," menurut NEA. 

Dalam beberapa minggu akan datang juga, NEA akan memasang kain rentang baru di kawasan-kawasan yang kerap menyaksikan bilangan nyamuk aegypti Aedes yang tinggi secara berterusan.

"Kain sepanduk baru berwarna ungu ini akan ditambah kepada Sistem Amaran Masyarakat Denggi, berdasarkan kod warna sekarang ini (kuning, merah atau hijau) untuk memaklumkan kepada penduduk dan masyarakat awam tentang keadaan denggi di estet mereka," menurut agensi tersebut lagi.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan