Skip to main content

Singapura

Jumlah kes denggi di S'pura meningkat kepada 116 kes

Jumlah kes denggi di Singapura semakin bertambah dengan lebih 100 kes dilaporkan bagi dua minggu berturut-turut. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Dec 2018 08:49PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 10:14PM

SINGAPURA: Jumlah kes denggi di Singapura semakin bertambah dengan lebih 100 kes dilaporkan bagi dua minggu berturut-turut.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), jumlah kes denggi dilaporkan di Singapura meningkat kepada 116 kes minggu lalu, naik daripada 109 kes pada minggu sebelumnya.

Sehingga hari ini ada 21 kelompok aktif denggi, yang terbesar di kawasan merangkumi Woodland Circle, Woodlands Avenue 6 dan Woodlands Dr 70. Sebanyak 38 kes dilaporkan di kawasan itu.

NEA menasihati orang ramai yang merancang untuk pergi bercuti supaya memastikan rumah mereka bebas nyamuk. Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan termasuk menutup mangkuk tandas dan menerbalikkan bekas simpan air.

Pusat Penyakit Berjangkit menyatakan ada perubahan ketara dalam tempoh puncak penularan denggi.

Pada masa lalu, bulan Jun hingga Oktober adalah tempoh paling banyak kes denggi di negara ini. Namun sekarang, tempohnya berubah kepada akhir hingga permulaan tahun. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita