Jumlah kes demam selesema lonjak sehingga 10 kali ganda
Sesetengah klinik di Singapura menyaksikan jumlah kes demam selesema melonjak sehingga 10 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah klinik di Singapura menyaksikan jumlah kes demam selesema melonjak sehingga 10 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu.
Menurut para doktor, ia mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca kebelakangan ini, atau kekurangan langkah pencegahan seperti mengambil vaksin secara berkala dan memakai pelitup muka.
Kebanyakan pesakit terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa muda.
Klinik Kingsway Medical merupakan salah satu yang menyaksikan lonjakan kes demam selesema. Biasanya, klinik tersebut merawat kira-kira lima hingga 10 pesakit demam selesema setiap minggu.
Namun, kini ia menyaksikan lebih 50 pesakit setiap minggu dalam tempoh dua minggu lalu.
Klinik berkenaan biasanya melihat jumlah kes demam selesema naik turun di luar musim sakit, tetapi salah seorang doktor berkata, lonjakan kes kali ini adalah di luar jangkaan dari segi jumlah dan kecepatan virus merebak.
"COVID sudah berkurangan. Jadi kami tidak mengemas kini vaksinasi demam selesema, dan orang ramai tidak lagi mengambil langkah pencegahan, memakai pelitup dan mencuci tangan. Mereka semakin cuai dan virus boleh merebak dengan lebih mudah lagi," kata doktor keluarga dari Klinik Kingsway Medical, Dr Zhang Qi.
Di Doctor Anywhere pula, jumlah kes demam selesema melonjak sehingga 40 peratus pada minggu lalu. Ini termasuk khidmat fizikal dan teleperubatannya.
Kebanyakan pesakit merupakan kanak-kanak kecil dengan demam selesema dan demam panas.
Puncanya kemungkinan ialah hujan lebat dan cuaca sejuk baru-baru ini.
"Lebih banyak hujan sejak bulan lalu. Semasa musim hujan, kita lebih cenderung untuk tidak keluar bangunan dan itu meningkatkan kesesakan dan kadar kontak. Di situlah kami lebih berkemungkinan berdekatan dengan satu sama lain, sekali gus menyebabkan virus demam selesema merebak dengan lebih mudah lagi," Ketua Doktor Jagaan Hibrid & doktor keluarga, Doctor Anywhere, Dr Ko Reyor.
Di Klinik Chua Medical pula, jumlah pesakit demam selesema naik 20 peratus dalam tempoh yang sama.
Pengarah, Chua Medical Clinic and Surgery, Dr Chua Guan Kiat berkata: "Biasanya warga emas dan kanak-kanak kecil lebih mudah jatuh sakit. Tetapi kami melihat, ada pelajar Menengah 4 selepas peperiksaan 'prelim' Peringkat 'O' mereka, satu kelas pelajar jatuh sakit."
Doktor menjangkakan jumlah kes demam selesema akan terus meningkat, khususnya dengan ketibaan musim selesema pada bulan-bulan mendatang.
"Singapura merupakan hab perjalanan global utama. Jadi kita terdedah kepada hemisfera utara dan selatan yang menjejas Singapura. Ia lazimnya dilihat antara bulan Mei hingga September, iaitu penghujung musim selesema hemisfera selatan.
"Sekarang kami bersiap sedia untuk musim selesema seterusnya, iaitu musim selesema hemisfera utara, yang bermula Oktober hingga sekitar Mac tahun depan, dan lazimnya memuncak sekitar Disember," kata Doktor keluarga, Raffles Medical, Dr Precelia Lam.
Pada masa yang sama, doktor juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan, mencuci tangan dan memakai pelitup muka di tempat yang sesak.
Orang ramai turut digalak untuk mendapatkan suntikan vaksin sekurang-kurangnya sekali setahun, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.