Jumlah kes COVID-19 akan meningkat tetapi tidak membimbangkan, kata pakar SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pakar penyakit berjangkit dari Hospital Alexandra berkata jumlah kes COVID-19 akan terus meningkat di Singapura tetapi tidak harus dibimbangkan.
Ini kerana Singapura sudah dilengkapi dengan langkah-langkah pencegahan dan tindak balas yang baik dan cekap.
"Kita akan melihat beberapa varian baharu yang berlegar-legar dalam masyarakat, dan seperti yang saya katakan sebelum ini, perkara yang paling penting ialah kita tahu cara untuk mencegah lonjakan besar pada jumlah kes jangkitan. Salah satu yang paling penting ialah dengan sentiasa mengikuti perkembangan vaksin kita. Dan terdapat juga beberapa langkah kesihatan awam lain yang akan membantu kita untuk memastikan jumlah kes terkawal," menurut Ketua Divisyen Penyakit Berjangkit Hospital Alexandra, Dr Louisa Sun.
Dr Sun juga memberi amaran bahawa walaupun jumlah kes COVID-19 di Singapura sudah merosot sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ia tetap sukar untuk meramalkan sebarang trend terkini atau jangka pendek.
Ini kerana semasa cuti sekolah Jun ini, lebih ramai orang akan bercuti di luar negara dan mengadakan majlis keramaian.
Data Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan bahawa terdapat sekitar 2,600 kes Jangkitan Pernafasan Akut atau kes-kes ARI di poliklinik-poliklinik tempatan pada minggu lalu.
Kadar kes positif COVID-19 yang dikesan pada sampel ARI dalam masyarakat adalah sekitar 17.8 peratus.
Ini berbanding beberapa minggu sebelum itu, di mana perangkaannya adalah 21.2 peratus dan 18.6 peratus.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.