Jumlah kes berkait kelompok pusat pertukaran bas kini 341
Sebanyak 187 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Khamis (2 Sep), menurut Kementerian Kesihatan (MOH), termasuk 113 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.
Pusat Pertukaran Bas Boon Lay (Petikan skrin: Google Street View)
SINGAPURA: Sebanyak 187 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Khamis (2 Sep), menurut Kementerian Kesihatan (MOH), termasuk 113 kes tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu.
Ini merupakan hari ketiga berturut-turut di mana jumlah kes tempatan tanpa hubung kait melebihi kes yang berhubung kait.
56 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.
Lagi 18 jangkitan berkait dengan kes sebelumnya dikesan menerusi ujian pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Tiga kes baru yang dilaporkan hari ini melibatkan warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko menghidap jangkitan teruk, kata MOH.
Selain itu, terdapat empat kes import menjadikan keseluruhan jumlah kes baru pada Khamis sebanyak 191.
Jumlah jangkitan tempatan hari ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 7 Ogos tahun lalu, di mana 236 kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan penghuni dormitori dan dalam masyarakat.
LEBIH 300 KES BERHUBUNG KAIT KELOMPOK PUSAT PERTUKARAN BAS
Tiada kelompok baru dilaporkan pada Khamis, menurut MOH sambil menambah bahawa tiga kelompok sudah ditutup.
Sebanyak 341 kes dikaitkan dengan kelompok di lapan pusat pertukaran bas iaitu Tampines, Boon Lay, Jurong East, Toa Payoh, Bishan, Clementi, Punggol dan Sengkang.
Kelompok Bugis Junction menambah lapan kes baru menjadikannya 246 kes keseluruhannya. Satu kes baru ditambah kepada kelompok di Institut Kesihatan Mental, menjadikannya 15 kes secara keseluruhan.
Setakat ini, terdapat 65 kelompok aktif di Singapura.
LIMA DALAM KEADAAN KRITIKAL
Seramai 528 kes dirawat di hospital dan lima berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi dan 27 kes jangkitan teruk yang memerlukan bantuan oksigen.
Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 22 berusia 60 tahun dan ke atas di mana 12 belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin, menurut MOH.
"Terdapat bukti berterusan bahawa hampir kesemua individu yang sudah lengkap divaksin tidak mengalami jangkitan teruk apabila terkena jangkitan, melainkan mereka mempunyai keadaan perubatan yang menyebabkan mereka mudah terjejas," menurut MOH.
Sepanjang 28 hari lalu, peratusan kes belum divaksin yang menghidap jangkitan teruk atau meninggal dunia adalah 8.2 peratus manakala mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin adalah 1.1 peratus.
80% PENDUDUK LENGKAP DIVAKSIN
Lebih 8.7 juta dos vaksin COVID-19 diberikan di bawah program vaksinasi nasional, dengan lebih 4.3 juta penduduk sudah selesai menjalani rejimen vaksinasi penuh setakat Rabu (2 Sep).
Selain itu, 168,230 dos vaksin lain yang diiktiraf di bawah senarai kegunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia diberikan setakat Selasa, merangkumi 85,874 individu.
Secara keseluruhan, 80 peratus penduduk Singapura sudah selesai menjalani rejimen penuh atau menerima dua dos vaksin COVID-19 manakala 83 peratus sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat Khamis, 67,991 kes COVID-19 dilaporkan dengan 55 kematian akibat virus itu dilaporkan di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.