Jumlah kerja kosong pada Q3 terus berkurangan: MOM
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kerja kosong di Singapura terus berkurangan kepada 69,200 pada September, turun daripada 76,900 pada Jun, menurut angka pasaran buruh suku ketiga yang diumumkan pada Khamis (11 Dis).
Dengan bilangan penganggur yang lebih rendah, jumlah kerja kosong masih melebihi bilangan pencari kerja pada September, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporan suku tahun bagi tempoh Julai hingga September.
Nisbah kerja kosong kepada penganggur berada pada 1.49 pada September, meningkat daripada 1.35 pada Jun.
Jumlah pekerjaan yang tidak terisi terus menyederhana daripada paras tinggi yang dicatat pada 2022 dan kini bergerak ke arah tahap prapandemik, menurut MOM.
MOM menyatakan pengurangan kerja kosong pada 2025 bukan disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah pemberhentian kerja atau pengangguran, tetapi oleh pengurangan pergerakan tenaga kerja dan pengambilan pekerja yang lebih perlahan, dengan syarikat lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan baharu.
MOM turut menyatakan bahawa tekanan kerja kosong semakin tertumpu kepada pekerjaan tertentu dan bukan di seluruh pasaran buruh.
Kerja kosong bagi karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) kekal kukuh pada 23,000, lebih tinggi daripada 20,400 dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi PME, sektor penerangan dan perhubungan, kesihatan dan perkhidmatan sosial, serta pengangkutan dan penyimpanan terus mencatat jumlah kerja kosong yang tinggi disebabkan keperluan pendigitalan, bilangan penduduk yang kian menua dan logistik, menurut MOM.
Sebaliknya, sektor penginapan serta seni, hiburan dan rekreasi menyaksikan penurunan secara beransur-ansur walaupun bermula daripada tahap kerja kosong yang sememangnya lebih rendah.
Jumlah keseluruhan pekerjaan meningkat sebanyak 25,100, jauh lebih tinggi daripada peningkatan sebanyak 10,400 pada suku sebelumnya.
KADAR PENGANGGURAN DAN PEMBERHENTIAN KERJA
Kadar pengangguran suku tahun bagi semua penduduk, termasuk rakyat Singapura dan penduduk tetap, kekal pada 2.8 peratus seperti pada Jun.
Kadar pengangguran keseluruhan, yang mengambil kira bukan penduduk, juga kekal stabil pada 2 peratus. Kadar pengangguran jangka panjang penduduk kekal pada 0.9 peratus.
Kadar pengangguran bagi pekerja muda bawah usia 30 tahun menurun daripada 5.7 peratus pada Jun kepada 5.5 peratus pada September, selepas peningkatan buat pertama kali pada suku sebelumnya.
Kadar pengangguran dalam kalangan pekerja berusia 60 tahun ke atas turut menurun daripada 2.5 peratus pada Jun kepada 2.1 peratus pada September.
Namun pekerja dalam lingkungan usia 50-an menyaksikan peningkatan kadar pengangguran daripada 2.7 peratus pada Jun kepada 3 peratus pada September.
Pekerja dalam lingkungan usia 40-an tahun juga menyaksikan kenaikan daripada 2.1 peratus pada Jun kepada 2.2 peratus pada September.
MOM menyatakan kadar pengangguran untuk pekerja berusia 50-an tahun kekal dalam julat antara 2.5 hingga 3.6 peratus.
Dalam kumpulan usia ini, sebahagian besar penganggur mempunyai pendidikan menengah atau posmenengah dan bekerja dalam pekerjaan seperti pembersih dan pekerja sokongan kerani.
Pemberhentian kerja kekal rendah pada 3,670 dalam suku ketiga, meningkat daripada 3,540 dalam suku kedua.
Pemberhentian kerja tertumpu dalam sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan profesional dan penerangan serta perhubungan kerana syarikat menyusun semula operasi untuk kekal bersaing di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, kata MOM.
Ia menambah bahawa majikan memilih untuk meletakkan pekerja pada minggu kerja pendek atau pemberhentian sementara berbanding memberhentikan pekerja.
Bilangan pekerja yang ditempatkan di bawah susunan sebegitu meningkat kepada 800 dalam suku ketiga berbanding 620 dalam suku kedua.
Bulan lalu, Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya kepada sekitar 4 peratus, mencerminkan prestasi ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan pada suku ketiga.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.