Jumlah kematian di tempat kerja merosot suku ke-3 2018
Jumlah kematian di tempat kerja merosot dalam suku ketiga tahun ini, namun jumlah kecederaan meningkat.
SINGAPURA: Jumlah kematian di tempat kerja merosot dalam suku ketiga tahun ini, namun jumlah kecederaan meningkat.
Menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), pekerja sektor binaan kekal paling terdedah kepada bahaya di tempat kerja.
10 kematian berlaku di tempat kerja pada suku ketiga tahun ini, turun dari suku sebelumnya dan tempoh yang sama tahun lalu.
Ini membawa kadar kematian di tempat kerja kepada 1.2 bagi setiap 100,000 pekerja.
Menteri Negara bagi Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata kementeriannya berharap ia dapat menurunkan angka itu kepada 1.0.
Sementara itu, kes-kes penyakit berkaitan pekerjaan, termasuk hilang pendengaran akibat bunyi bising juga merosot.
Bagaimanapun terdapat lebih banyak kecederaan berbanding suku yang sama tahun lalu.
Kebanyakan kematian dan kemalangan besar disebabkan terjatuh.
Untuk menanganinya, usaha meningkatkan kesedaran seperti kempen Work at Height (WAH) diadakan terutama bagi sektor binaan.
MOM menganjurkan sekitar 135 klinik WAH bergerak sejak Ogos tahun ini.
Encik Zaqy menambah klinik tersebut bertujuan menggalak syarikat-syarikat supaya rasa lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan di tempat kerja.
MOM akan menjalankan lagi 400 pemeriksaan menjelang akhir tahun ini, sekali gus memberi isyarat kepada para majikan supaya memandang serius isu keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.