Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kematian di tempat kerja libatkan kenderaan merosot: MOM

Anggaran Waktu Membaca:
00:54 Min
Jumlah kematian di tempat kerja libatkan kenderaan merosot: MOM

SINGAPURA: Jumlah kematian di tempat kerja melibatkan kenderaan merosot sejak tempoh penguatkuasaan keselamatan bagi industri berisiko tinggi bermula pada September.

Lagi 400 pemeriksaan dijadualkan dari sekarang sehingga akhir tahun ini berikutan jumlah kematian yang meningkat di tempat kerja.

Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia Zaqy Mohamad memberikan kemas kini itu pada Jumaat (4 Nov) semasa satu acara pameran teknologi yang membantu meningkatkan keselamatan.

Antaranya, sistem mencegah pertembungan bagi trak angkat susun yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan manusia dan hadangan lain.

Satu lagi adalah alat mencegah pemandu tertidur, dengan mengimbas raut muka mereka untuk mengesan tanda-tanda mengantuk.

Acara itu dianjurkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja untuk menggalak amalan kerja lebih selamat.

Sumber : CNA/KH/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan