Jumlah kematian di tempat kerja jatuh kepada kurang 0.001%: MOM
SINGAPURA: Jumlah kematian di tempat kerja merosot kepada kurang satu bagi setiap 100,000 pekerja sejak September.
Ini selepas ia meningkat kepada kadar 1.6 pada lapan bulan pertama tahun ini, sehingga mencetus keprihatinan pihak berkuasa.
Walaupun sudah berkurangan, para penyelaras Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) masih perlu mengikuti latihan ulang kaji.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan, ini penting demi meningkatkan keupayaan mereka supaya setanding para Pegawai Keselamatan.
"Jumlah Pegawai WSH kita terhad. Tidak semua tapak kerja mempunyai pegawai sedemikian. Penyelaras WSH adalah lebih meluas, namun mereka tidak menjalani peringkat latihan yang sama atau kesan latihan berterusan sebagaimana para Pegawai WSH," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.
Bagi memudahkan latihan ulang kaji untuk syarikat-syarikat, sebahagian besar latihan itu berupa pakej e-pembelajaran yang boleh dilakukan pada masa lapang Penyelaras WSH.
Terdapat juga sesi latihan secara fizikal selama sehari.
MOM menambah, latihan itu bermula tahun depan dengan sektor binaan.
Para penyelaras keselamatan yang menjalani latihan sebelum 2018, perlu menamatkan kursus terbaru menjelang pertengahan 2023.
Para pemimpin kanan syarikat juga akan diperjelas tentang tugas mereka menerusi satu kursus bizSAFE yang sedang dipertingkat dan dijangka siap awal tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.